5~7 Nov 2007, Johor Bahru
(2007-03-07 12:36:43)
Saturn Observation on 11th Feb 2007
(2007-03-04 07:25:20)
Call for Papers !!
(2007-02-12 10:00:12)
Postponed !
(2007-01-18 08:30:15)
3rd Ministerial Conference on Space Applications
(2007-01-17 15:03:32)
ISYA 2007
(2006-11-06 17:28:06)
Calon angkasawan mula latihan hari ini
(2006-11-06 17:27:58)
PM, dua calon angkasawan berinteraksi sidang video
(2006-11-06 17:23:54)
Calon angkasawan berlatih bersama NASA
(2006-11-06 17:23:42)
Saturn Observation on 11th Feb 2007

     Pada 11 Februari 2007 ini, planet Zuhal berada pada kedudukan 'opposition', iaitu planet Zuhal berada pada kedudukan yang bertentangan dengan kedudukan Matahari merujuk kepada bumi (merujuk rajah 1).

     Ketika 'opposition', planet Zuhal boleh dikatakan dapat dilihat dengan jelas kerana pada kedudukan tersebut planet Zuhal telah disinari sepenuhnya oleh Matahari berbanding ketika ia berada pada kedudukan lain.

     Sehubungan itu, Planetarium Negara akan mengadakan program pencerapan planet Zuhal dengan butiran seperti berikut:
              Tarikh   : 11 Februari 2007
              Masa     : 8:00 pm - 10:00 pm
              Tempat : Perkarangan Tangga
                              Planetarium Negara

     Planetarium Negara akan menyediakan beberapa teleskop untuk tujuan pencerapan planet Zuhal dan sistem gegelang yang cantik dan pada kali ini orang awam akan turut berpeluang melihat planet Utarid yang berdekatan.  Orang ramai adalah dijemput ke program tersebut.

     Orang ramai juga dapat menyaksikan pencerapan ini secara langsung melalui website Agensi Angkasa Negara (seperti link di bawah) pada waktu pencerapan tersebut.

     Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi:

                 Agensi Angkasa Negara
                 Planetarium Negara
                 53, Jalan Perdana
                 Taman Tasik Perdana
                 50480 Kuala Lumpur
                 Tel: 03-22734303
                 Fax: 03-22735488



Media


Rajah 1: Planet Zuhal pada kedudukan 'opposition'


Rajah 2: Imej planet Zuhal pada 13 Januari 2006

© ANGKASA, Malaysia. All rights reserved.             You are visitor no : 42008
Privacy & Security Policy
Copyright Notice
Disclaimer
Sitemap
FAQ