Your browser does not support script
Balai Cerap Negara
Dengan penubuhan Planetarium Negara, Kuala Lumpur dalam tahun 1994 bersama dengan litupan media yang meluas dan dari sokongan program-program angkasa, peranan aktif oleh NGOs terutama sekali kelab-kelab astronomi dan pengubahsuaian subjek astronomi di sekolah rendah dan menengah untuk merangkumi sains angkasa, kesedaran masyarakat Malaysia, terutama sekali dari golongan generasi muda tentang kepentingan sains angkasa terus meningkat.
Ini mengakibatkan bilangan pelajar yang ingin meninggikan pelajaran ke tahap siswazah dari segi astronomi dan juga tuntutan untuk astronomi dijadikan sebagai satu subjek pelajaran meningkat. Ahli falak-Ahli falak profesional Malaysia telah dapat menunjukan bahawa infrastruktur asas untuk astronomi semakin diperlukan.
Dengan penubuhan Agensi Angkasa Negara Malaysia (ANGKASA) dalam tahun 2002, rancangan dibincangkan untuk membina sebuah balai cerap dengan sistem teleskop robotik yang boleh di kendalikan secara remote melalui internet.
Balai Cerap ini dikenali sebagai Balai Cerap Langkawi Negara Malaysia yang mengandungi teleskop ry untuk pencerapan objek-objek di langit malam dan teleskop suria untuk pencerapan solar.
Objektif-objektif balai cerap ini adalah seperti berikut;
- Untuk memberi kemudahan kepada golongan pihak tertentu untuk penyelidikan astronomi.
- Untuk melengkapkan negara dengan infrastruktur astronomi yang asas.
- Untuk mempertingkatkan dan menarik minat masyarakat Malaysia bagi memahami sains angkasa lepas untuk kepentingan negara; dan
- Untuk penggunaan ahli-ahli astronomi serata dunia untuk penyelidikan cakerawala.
Lokasi
Lokasi-lokasi Balai Cerap Negara Malaysia adalah di Empangan Takungan air di Bukit Malu,Pulau Langkawi. Kedah di Utara Malaysia. Ia dalam pembinaan dalam kawasan hutan-simpanan.
Links
Laman Web Balai Cerap Negara,Langkawi
ANGKASA Galeri
Media
Balai Cerap Negara
Balai Cerap Negara
Balai Cerap Negara
Balai Cerap Negara
Balai Cerap Negara
Balai Cerap Negara
Balai Cerap Negara
Balai Cerap Negara
Balai Cerap Negara
Stellar Balai Cerap Negara
Stellar Balai Cerap Negara
Stellar Balai Cerap Negara
Teleskop Stellar
Teleskop Stellar
Balai Cerap Solar
Balai Cerap Solar
Teleskop Solar
Weather Station and All Sky Camera
© ANGKASA, Malaysia. All rights reserved.
You are visitor no : 113581
Dasar Privasi & Keselamatan
Notis Hakcipta
Penafian
Laman Peta
FAQ