Your browser does not support script
Cabaran ANGKASA Negara
Cabaran Angkasa Negara merupakan program yang direkabentuk dalam usaha memupuk bakat dan minat seawal mungkin terhadap angkasa lepas di kalangan pelajar terutama di peringkat sekolah rendah.
Cabaran Angkasa Negara merupakan peredaran dalam program sains di Malaysia dan akan menjadi sebagai penanda aras baru bagi semua program sains masa hadapan.Program ini telah dilancar pada tahun 2006 dan akan diteruskan selama 9 tahun.
Perubahan-perubahan kepada format berlaku di permulaaan tahun 2005 apabila Kuiz Sains Angkasa dan Kem Sains Angkasa bergabung dan keberkesanannya telah terbukti.Konsep ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai pihak, khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia, Piala Perdana Menteri dan Agensi Angkasa Negara, serta para peserta itu sendiri.
Bertitik tolak dari sini, format ini akan diteruskan pada tahun 2006 dengan harapan akan tercetusnya minat dari lebih ramai lagi golongan pelajar untuk menerokai bidang sains angkasa sejajar dengan usaha pihak Agensi Angkasa Negara.
Links
Untuk mengetahui tentang program selanjutnya, sila lawati Laman Web Planetarium.
© ANGKASA, Malaysia. All rights reserved.
You are visitor no : 113581
Dasar Privasi & Keselamatan
Notis Hakcipta
Penafian
Laman Peta
FAQ