Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket

Objektif 
Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket diadakan bertujuan untuk mencapai objektif berikut: 

- Menanam minat, meningkatkan kefahaman, kemahiran dan pengetahuan komuniti pelajar dalam bidang sains dan teknologi angkasa. 

- Membudayakan pelajar dengan pemikiran kreatif dan inovatif.  

- Memberi landasan untuk mengaplikasikan teori dan konsep yang dipelajari dengan satu aktiviti teknikal yang boleh membantu meningkatkan fahaman mereka; dan 

- Menjadikan bidang sains angkasa sesuatu yang mencabar dan menyeronokkan.  

Justifikasi Pertandingan 
Teknologi pelancaran roket merupakan terjemahan penggunaan dan aplikasi bidang sains angkasa kepada masyarakat. Pelancaran sesuatu objek sebesar kapal angkasa adalah suatu projek yang sangat kompleks, tetapi saintis telah berjaya menghantar kapal angkasa yang sangat besar ke dalam orbitnya di angkasa kerana mereka memahami hukum-hukum alam yang menjelaskan bagaimana sesuatu objek itu bergerak.  

Sehingga hari ini, hukum-hukum ini masih menjadi asas dan pegangan kepada setiap program pelancaran roket.  Konsep dan teori ini juga digunakan bagi Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket. Terdapat pelbagai aplikasi sains dalam pertandingan ini dan diantaranya ialah konsep gerakan, daya-daya yang bertindak, prinsip perubahan tenaga, trajektori dan prinsp penerbangan yang perlu difahami terlebih dahulu oleh pelajar. 

Para pelajar juga perlu mencipta roket dengan sempurna agar ia dapat memininumkan daya geseran dengan gaya kreativiti yang tinggi.

  



Links

Untuk mengetahui tentang program selanjutnya, sila lawati Laman Web Planetarium.


Media


Pertandingan Roket Air Jepun 2005


Pertandingan Roket Air Jepun 2005


Pertandingan Roket Air Jepun 2005


UM Peringkat Akhir 2005


UM Peringkat Akhir 2005


UM Peringkat Akhir 2005


UM Peringkat Akhir 2004


UM Peringkat Akhir 2004


UM Peringkat Akhir 2004

© ANGKASA, Malaysia. All rights reserved.            You are visitor no : 113590
Dasar Privasi & Keselamatan
Notis Hakcipta
Penafian
Laman Peta
FAQ