Pertunjukan Planetarium

Bersama dengan acara-acara yang diselenggarakan oleh ANGKASA, kebanyakan Pertunjukan Planeterium dipentaskan atau dipersembahkan di Planetarium Negara.

Semasa acara peristiwa khas seperti "Minggu Angkasa Sedunia  (World Space Week) atau Pencerapan Langit Malam dan juga termasuk lain-lain acara, Pertunjukan Planetarium diadakan untuk masyarakat am di Teater Angkasa yang bersifat unik yang mampu memuatkan 200 penganjung untuk setiap pertunjukan. 

Teater ini berbentuk kubah tertutup and dilengkapkan dengan sistem digital berkeliling 6-saluran. Tujuan Pertunjukan Planetarium adalah untuk mendidik dan menghibur dalam masa yang sama dan dengan bantuan Bebola Bintang Planetarium Negara mengalurkan kesan-kesan khas, para penonton dapat mengalihkan imaginasi mereka ke dalam ruang dunia angkasa lepas.

Projektor filem format besar yang khas membenar pengunjung menyaksi dan merasa nikmat berada di lokasi sewaktu rakaman filem dengan penuh suspen, dan dengan cara ini dapat memantapkan kesan kesedaran mereka mengenai pertunjukan yang disiarkan dengan tujuan mendidik.

Links

Untuk mengetahui tentang program selanjutnya, sila lawati laman web Planetarium.
© ANGKASA, Malaysia. All rights reserved.            You are visitor no : 113591
Dasar Privasi & Keselamatan
Notis Hakcipta
Penafian
Laman Peta
FAQ