Balai Cerap Planetarium Negara terletak di kawasan Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur dengan koordinat geografi 3 darjah 9' Lintang Utara dan 101 darjah 41' Bujur Timur di ketinggian 112 meter dari aras laut. Instrumen utama di dalam kubah yang boleh berpusing 360 darjah ini adalah teleskop Celestron C-14 (35cm) yang ditempatkan di atas sebuah tapak khatulistiwa robotik berkomputer ME Paramount.
Fungsi utama Balai Cerap Planetarium Negara adalah untuk pendidikan astronomi dan astrofizik di peringkat institusi pengajian tinggi, sekolah dan orang awam. Bidang-bidang penyelidikan astronomi seperti fotometri, spektroskopi, astrometri, pengimejan CCD, astrofotografi dan pencerapan Matahari juga dapat dilakukan di balai cerap ini tetapi ianya sangat bergantung kepada keadaan cuaca di Kuala Lumpur. Juga dilengkapi dengan stesen cuaca yang automatik, pengesan awan dan hujan serta kamera untuk memantau cuaca di sekitar balai cerap. Keseluruhan sistem beroperasi automatik sepenuhnya.
Kubah - Saduran berganda, panel dalaman dilapis dengan gentian kaca dan bahagian luaran disalut dengan nikel - Berbentuk hemisfera dengan diameter 5m dengan kawalan secara automatik
Teleskop Utama - Celestron C-14, rekaan optik: Schmidt-Cassegrain
Teleskop Sekunder - Takahashi FS-102NSV, Fluorite Apochromat Doublet
Tapak Teleskop - Software Bisque Paramount ME- Advanced German Equatorial Robotic Mounting
Kamera CCD Utama - SBIG ST-9XE - Self-guiding imaging camera
Maklumat lanjut, sila hubungi Cik Lau Chen Chen Tel: +603 22734303 Faks: +603 22735488 Email: lau@angkasa.gov.my
|