Frequently Asked Questions

Q1. Berapakah kos keseluruhan bagi Program Angkasawan?
A1. Program Angkasawan adalah cabang projek yang diberikan oleh Rusia apabila Kementerian Pertahanan (MINDEF) membeli jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM. Dengan kata lain, projek ini adalah percuma.

Q2. Apakah kebaikan program ini kepada negara?
A2. Daripada program ini, kami berharap  generasi baru terutamanya pelajar dapat membangunkan minat dalam pendidikan angkasa dan dapat menjana pemindahan ilmu pengetahuan dan pengalaman dari negara lain.

Q3. Adakah angkasawan akan pergi ke bulan?
A3. Tidak, angkasawan tidak pergi ke bulan tetapi akan pergi ke Stesen Angkasa Antarabangsa, International Space Station (ISS).

Q4. Di manakah ISS?
A4. Stesen ini terletak di orbit dengan altitud, 250 batu dan kecondongannya ialah sebanyak 51.6°. Orbit ini membolehkan stesen ini disinggahi oleh kenderaan pelancar dari semua rakan kongsi antarabangsa untuk memudahkan penghantaran krew dan bekalan. Orbit ini juga menyediakan pencerapan bumi yang baik dengan liputan sebanyak 85% bumi dan 95% populasi semasa penerbangan.


Q5. Berapa lamakah beliau akan berada di sana?
A5. Angkasawan akan berada di sana lebih kurang 6 hingga 8 hari. Beliau akan melakukan penyelidikan saintifik.

Q6. Adakah ia selamat?
A6. Ya, ia selamat. Keadaan di ISS adalah sama seperti keadaan bilik di bumi kecuali ia tidak mempunyai graviti. Kita akan terapung.

Q7. Apakah syarat utama untuk menjadi angkasawan Malaysia?
A7. Syarat utama untuk menjadi angkasawan Malaysia adalah warganegara Malaysia, berusia 21 tahun dan ke atas dan mempunyai ijazah pertama dalam mana-mana bidang.

© ANGKASA, Malaysia. All rights reserved.
Dasar Privasi & Keselamatan
Notis Hakcipta
Penafian
Laman Peta