Skip to main content

Rekreasi

Pandu arah satelit juga boleh digunakan dalam kegiatan riadah seperti pengembaraan berjalan kaki (orientasi dalam persekitaran yang tidak dikenali), memancing (mencari kawasan yang subur), menaiki bot (pandu arah dalam keadaan tahap penglihatan rendah dan menandakan kawasan berbahaya) dan perkhidmatan berasaskan lokasi (dengan menggunakan telefon bimbit untuk mencari restoran, pawagam, stesen petrol atau tempat lain yang menarik).

Pengurusan Kumpulan Kenderaan

Pengurusan kumpulan pelbagai kenderaan (udara, laut dan darat) melibatkan penggunaan GPS dengan komunikasi satelit dua hala bagi membolehkan kenderaan dikesan dan dijejaki di mana jua di dunia.

Ini sangat penting bagi mana-mana organisasi pengangkutan awam. Ia melibatkan penjadualan dan perancangan laluan, dan pada masa yang sama memastikan pengangkutan awam berjalan mengikut jadual.

 

Mencari & Menyelamat

Bayangkan kapal terbang anda terhempas di gunung-ganang, atau kapal anda terkandas di lautan, atau anda tercedera sewaktu menjelajah di hutan belantara. 

Anda cemas dan memerlukan bantuan segera. Setiap detik waktu amat berharga jika anda ingin pulang dengan selamat. Namun, para penyelamat perlu terlebih dahulu dapat menemui anda sebelum apa-apa bantuan boleh diberikan. Mujurlah kini terdapat teknologi zaman angkasa yang mampu mengawasi anda dan mendengar panggilan anda.

Pandu Arah & Penentu Kedudukan

Pandu arah dan penentu kedudukan melalui satelit adalah suatu aplikasi yang amat menarik, yang menghasilkan peningkatan dalam produktiviti dan kejituan dalam sebilangan besar industri. Di samping itu, ia menambah keseronokan dan keselamatan  kepada pelbagai aktiviti pandu arah, sukan dan riadah.

Satellite-Based Augmentation System

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, suatu sistem pandu arah satelit global berasaskan angkasa yang baru telah muncul dengan menonjolnya, yang mana kemunculannya berkembang daripada suatu konsep yang terdapat pada hujung tahun 1980-an.

Satelitte-Based Augmentation System (SBAS) ialah sistem yang melibatkan suatu rangkaian satelit geopegun dan stesen bumi bagi mempertingkat prestasi GNSS melalui pembekalan pembetulan isyarat dan satelit tambahan yang mempunyai kedudukan malar yang diketahui.

Pengenalan

BAHAGIAN SAINS ANGKASA
 
Objektif Bahagian Sains Angkasa:
  • Merancang, mempelopori, mengurus, melaksana, menyelaras dan mengawal selia program penyelidikan dan pembangunan dan aktiviti berkaitan sains angkasa di Malaysia.
  • Berperanan sebagai hub rujukan dan hubungan berkaitan bidang sains angkasa di peringkat nasional kepada institusi penyelidikan / agensi  kerajaan /swasta.
 
Fungsi Bahagian Sains Angkasa:
  • Merancang, mengurus dan melaksanakan ak
Subscribe to Pengenalan