Skip to main content

Aktiviti Yang Dijalankan Dalam Bidang Navigasi

Navigasi adalah salah satu aplikasi bidang angkasa yang semakin luas pengunaannya. Oleh yang demikian, Bahagian Pembangunan Teknologi dan Aplikasi Angkasa (SATD) yang ditubuhkan pada tahun 2007 adalah bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program-program di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) bagi memastikan negara dapat memanfaatkan sepenuhnya aplikasi dari teknologi angkasa di dalam seluruh bidang dan sektor pengguna di Malaysia secara optimum dan selamat. Selain itu, bagi menyumbang kepada perkongsian pengetahuan, sebuah pusat sumber maklumat berkenaan navigasi diwujudkan. 

Sejarah GNSS

Sistem satelit navigasi pertama adalah Transit, sebuah sistem digunakan oleh tentera AS pada tahun 1960-an. Transit beroperasi adalah berdasarkan pada Kesan Doppler: satelit bergerak pada orbit tertentu dan memancarkan isyarat pada frekuensi tertentu. Kredit kepada: GNSS History

Aplikasi GNSS

Pandu arah dan penentu kedudukan melalui satelit adalah suatu aplikasi yang amat menarik, yang menghasilkan peningkatan dalam produktiviti dan kejituan dalam sebilangan besar industri.

Teknologi GNSS

Sistem Penentududukan Global (GNSS) terdiri daripada tiga bahagian: angkasa, kawalan operasi dan pengguna. Bahagian angkasa berasaskan sekumpulan satelit beroperasi yang direka bentuk bagi meminimumkan impak kegagalan atau ketidakdapatan. Kumpulan satelit ini mengelilingi bumi dua kali dalam sehari dalam suatu orbit yang tepat, dan menyampaikan maklumat berbentuk isyarat ke bumi.

Subscribe to Navigasi