Skip to main content

Latar Belakang dan Sejarah

Terdapat banyak kaedah bagi kita mempelajari tentang persekitaran dunia ini. Kita menggunakan deria kita - melihat, mendengar, menyentuh, menghidu, dan merasa. Para saintis juga menggunakan kesemua deria mereka. Malahan, mereka membina alat-alat yang membantu deria mereka untuk mengumpul maklumat. Mereka menggunakan kaca pembesar atau mikroskop untuk melihat sesuatu benda yang kecil secara jelas dan halus. Pakar astronomi menggunakan teleskop untuk melihat benda yang sangat jauh.

Teknologi Penderiaan Jauh

Remote Sensing adalah sains bagi mendapatkan maklumat permukaan bumi tanpa menyentuh objek (bumi) tersebut. Ini dilakukan dengan mengesan dan merekod tenaga yang dipantulkan atau dipancarkan dan kemudian diproses, dianalisis dan kemudian maklumat tersebut digunapakai. Kredit kepada: Natural Resourse Canada

Organisasi Terkemuka dalam Penderiaan Jauh

Group on Earth Observations ini menyelaras usaha-usaha untuk membina Global Earth Observation System of Systems, atau GEOSS. GEO dilancarkan sebagai respon terhadap tindakan yang diusulkn pada 2002 World Summit on Sustainable Development.

Satelit RS Malaysia

TIUNGSAT-1TM & RAZAKSATTM  

Pengenalan TiungSAT-1

26 September 2000 telah terlakarnya sejarah bagi seluruh rakyat Malaysia apabila TiungSAT-1, satelit pertama Malaysia telah dilancarkan dengan jayanya di Baikanor, Kazakhstan pada jam 6:05 petang waktu Malaysia. TiungSAT-1, dinamakan berdasarkan sejenis burung yang hidup di Malaysia iaitu burung Tiung dan pembinaannya adalah kerjasama antara kerajaan Malaysia dan Surrey Satellite Technology Ltd. 

 

Pengenalan RAZAKSAT-1

Aktiviti Yang Dijalankan Dalam Bidang Navigasi

Navigasi adalah salah satu aplikasi bidang angkasa yang semakin luas pengunaannya. Oleh yang demikian, Bahagian Pembangunan Teknologi dan Aplikasi Angkasa (SATD) yang ditubuhkan pada tahun 2007 adalah bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program-program di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) bagi memastikan negara dapat memanfaatkan sepenuhnya aplikasi dari teknologi angkasa di dalam seluruh bidang dan sektor pengguna di Malaysia secara optimum dan selamat. Selain itu, bagi menyumbang kepada perkongsian pengetahuan, sebuah pusat sumber maklumat berkenaan navigasi diwujudkan. 

Sejarah GNSS

Sistem satelit navigasi pertama adalah Transit, sebuah sistem digunakan oleh tentera AS pada tahun 1960-an. Transit beroperasi adalah berdasarkan pada Kesan Doppler: satelit bergerak pada orbit tertentu dan memancarkan isyarat pada frekuensi tertentu. Kredit kepada: GNSS History

Subscribe to Aplikasi ANGKASA