|
1. Bagaimana untuk saya memohon jawatan di dalam Agensi Angkasa Negara?
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) merupakan salah satu agensi Kerajaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). ANGKASA memainkan peranan yang amat penting dalam membangunkan keupayaan Negara terutama dalam sektor angkasa. Untuk mencapai matlamat ini, ANGKASA perlu mempunyai pegawai-pegawai yang berkebolehan tinggi dan mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang-bidang berkaitan. Skim-skim perkhidmatan Pegawai Sains dan Pegawai Penyelidik merupakan skim yang berperanan penting dalam agensi ini.
Untuk makluman, Agensi Angkasa Negara tidak mempunyai kuasa melantik anggota Perkhidmatan Awam secara terus tanpa melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Walau bagaimanapun, permohonan boleh dipertimbangkan oleh Agensi Angkasa Negara sekiranya calon menepati syarat-syarat dan melepasi tapisan-tapisan yang ditentukan oleh pihak SPA.
Sehubungan itu, digalakkan para calon supaya dapat mengisi borang SPA8 dan memohon jawatan Pegawai Penyelidik atau Pegawai Sains daripada pihak SPA. Permohonan juga boleh dibuat secara “on-line” melalui http://www.spa.gov.my. Jawatan ini tidak hanya merangkumi bidang penyelidikan dan pembangunan tetapi juga memainkan peranan penting dalam mengurus dan menyelenggara sistem komunikasi di Ground Station dan satelit.
|