Skip to main content

Navigasi adalah salah satu aplikasi bidang angkasa yang semakin luas pengunaannya.

Sistem satelit navigasi pertama adalah Transit, sebuah sistem digunakan oleh tentera AS pada tahun 1960-an. Transit beroperasi adalah berdasarkan pada Kesan Doppler: satelit bergerak pada orbit tertentu dan memancarkan isyarat pada frekuensi tertentu.

Pandu arah dan penentu kedudukan melalui satelit adalah suatu aplikasi yang amat menarik, yang menghasilkan peningkatan dalam produktiviti dan kejituan dalam sebilangan besar industri.

Sistem Penentududukan Global (GNSS) terdiri daripada tiga bahagian: angkasa, kawalan operasi dan pengguna. Bahagian angkasa berasaskan sekumpulan satelit beroperasi yang direka bentuk bagi meminimumkan impak kegagalan atau ketidakdapatan.

The International GNSS Service (IGS)