CURRENT MOON
You are here: Home arrow Programmes/News arrow Latest News arrow Imej Gerhana Bulan Separa dari ONL
Imej Gerhana Bulan Separa dari ONL PDF Print E-mail

Pada 1 Januari 2010bermula jam 0117 pagi telah berlangsung fenomena Gerhana Bulan Separa yang dapat disaksikan dari seluruh Malaysia. Observatori Negara Langkawi (ONL), Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)  di Pulau Langkawi telah merakamkan fenomena gerhana tersebut.

Gerhana Bulan Separa pada 1 Januari 2010 

Imej pertama dirakam pada jam 1600 UTC = 12:00am (0000) waktu Malaysia iaitu sebelum fenomena gerhana berlaku.
Imej kedua dirakam pada jam 1717 UTC = 0117 waktu Malaysia; iaitu waktu gerhana bermula tapi sukar dikesan secara mata kasar.
Imej ketiga dirakam pada jam 1853 UTC = 0253 waktu Malaysia; iaitu waktu gerhana mulai boleh didilihat oleh mata kasar.
Imej keempat dirakam pada jam 1924 UTC = 0324 waktu Malaysia; iaitu waktu gerhana maksimum Langit di Langkawi pada waktu itu berawan, jadi kualiti imej gerhana kurang jelas sedikit.

Untuk makluman, gerhana bulan hanya berlaku pada waktu bulan purnama (bulan penuh atau mengambang). Jika tidak berlakunya gerhana, bulan penuh itu akan kelihatan cerah dan terang. Tetapi apabila berlaku gerhana, permukaaan bulan akan kelihatan gelap sedikit demi sedikit. Ini berlaku kerana matahari, bumi dan bulan dalam satu garisan lurus di mana bumi berada di tengah-tengah antara matahari dan bulan. Jadi permukaan bulan menjadi gelap kerana bayang bumi jatuh di permukaan bulan ANGKASA yakin, perkongsian imej-imej ini dengan seluruh rakyat Malaysia akan membantu dalam usaha Kerajaan untuk menarik perhatian golongan muda (khususnya) untuk meminati sains dan teknologi serta menghargai alam semesta kita dan seterusnya melindungi Bumi sebagai sebuah planet.

 
< Prev   Next >