|
Status Terkini Fenomena Ribut Geomagnetik, 1 Februari 2012 |
Seperti yang diramalkan,penyemburan jisim korona yang berlaku pada 27 Januari 2012 tidak mengenai Bumi dan kebarangkalian berlakunya ribut geomagnetik yang kuat dalam tempoh 24 jam yang akan datang semakin berkurangan.

Imej Matahari terkini dalam panjang gelombang sinar X (1 Februari 2012, jam 1004 waktu Malaysia) dari satelit GOES [Sumber:SWPC/NOAA] |
|
Status Terkini Fenomena Ribut Geomagnetik, 31 Jan 2012 |
|
Imej H-Alpha Matahari daripada Big Bear Solar Observatory [Sumber:SWPC/NOAA]
Tiada aktiviti ribut geomagnetik dilaporkan dan ribut radiasi kini berada pada tahap S1(minor) dan dijangka akan berkurangan. |
|
ASTEROID 433 EROS BERADA PALING DEKAT DENGAN BUMI SEJAK 1975 |
|
Asteroid 433 Eros seperti yang dilihat oleh kapal angkasa NEAR NASA pada 29 Februari 2000. (NASA/JPL/JHUAPL) |
|
Status terkini Fenomena Ribut Geomagnetik, 30 Jan 2012 |
|
Ribut radiasi kini berara pada paras S1 dan tiada ribut geomagnetik dikesan. Buat masa ini tiada sebarang aktiviti yang signifikan dijangka berlaku. Imej komposit dari kapal angkasa Solar Dynamic Observatory (SDO) [Sumber:SWPC/NOAA]
|
|
Status terkini Fenomena Ribut Geomagnetik, 29 Januari 2012 |
|
Letupan suar matahari (flare) dan penyemburan jisim korona (Coronal Mass Ejection, CME) masih berterbangan mengelilingi Bumi. Ribut radiasi ini masih lagi dalam kedudukan kelas S2 yang mana ia tidak akan mengakibatkan ribut yang teruk. Walaubagaimanapun, ia masih boleh memberi kesan kepada kapal angkasa dan satelit pada peringkat pengganguan (nuisance level). Ribut ini dijangkakan akan reda pada lewat hari ini.
Imej koronograf Matahari daripada Solar and Heliospheric Observatory (SOHO). [Sumber: Spaceweather.com] |
|
Status terkini Fenomena Ribut Geomagnetik, 28 Januari 2012 |
|
Rantau aktif 1402 di permukaan Matahari (active region) telah mulai aktif kembali melalui letupan suar matahari (flare) dan semburan tenaga yang dikenali "Coronal Mass Ejection" (CME). Namun, ia tidak menghala ke Bumi. Walaubagaimanapun, proton bertenaga yang dilepaskan daripada letupan tersebut kini berada sekitar di bahagian luar atmosfera Bumi. Ini menghasilkan ribut radiasi kelas S2. [Sumber: Spacewetaher.com] 
Sila klik untuk berita lanjut |
|
Status terkini Fenomena Ribut Geomagnetik, 27 Jan 2012 |
|
Rantau aktif 1402 yang menyebabkan letusan suar matahari dan ribut geomagnetik pada awal minggu ini kembali aktif dengan penyemburan jisim korona (Coronal Mass Ejection, CME) di kutub utara Matahari. Walaubagaimanapun letusan CME ini tidak memberikan ancaman kerana tidak menghala ke Bumi. ![Imej koronograf Matahari dari Solar and Heliospheric Observatory [Sumber: Spaceweather.com] Imej koronograf Matahari dari Solar and Heliospheric Observatory [Sumber: Spaceweather.com]](http://spaceweather.com/images2012/26jan12/actingup.gif)
Imej koronograf Matahari dari Solar and Heliospheric Observatory [Sumber: Spaceweather.com]
|
|
Status terkini Fenomena Ribut Geomagnetik, 26 Jan 2012 |
|
Ribut geomagnetik yang berlaku disebabkan oleh letusan suar matahari dan semburan CME pada 24 Januari 2012 dilaporkan telah kembali kepada normal dan aktiviti geomagnetik kini berada di bawah skala. Keadaan 'senyap' ini diramalkan akan berlarutan untuk tempoh 24 jam yang akan datang. ANGKASA akan terus memantau fenomena ini khususnya di rantau yang aktif (NOAA Active Region 1302) di permukaan Matahari. Imej Matahari terkini dalam panjang gelombang sinar X (26 Jan 2012 jam, 1716 waktu Malaysia) dari satelit GOES [Sumber: SWPC/NOAA]
|
|
NOTA MAKLUMAN BERKAITAN SIARAN BERITA TV3 PADA 24 JAN 2012 MENGENAI FENOMENA RIBUT GEOMAGNETIK |
|
Satu fenomena letusan suar matahari dan semburan CME telah dilaporkan berlaku di permukaan Matahari pada 23 Januari 2012 yang dikesan melalui satelit khas pemantauan Matahari, SOHO dan STEREO milik NASA dan ESA. Letusan ini telah menyebabkan fenomena ribut geomagnetik di Bumi pada 24 Januari sekitar jam 15:00 UT (jam 23:00 Waktu tempatan). Fenomena ini telah dilaporkan oleh stesen TV3 pada 24 Januari 2012.
Klik untuk maklumat lanjut |
|
|
Space Seed For Asian Future |
|
|
Laporan Program Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011 |
|
Pada 10 Disember 2011, Observatori Negara Langkawi (ONL) telah mengadakan Program Gerhana Bulan Penuh. Pelbagai aktiviti turut diadakan bagi memeriahkan program ini. |
|
|
Borang Kaji Selidik Penggunaan ONL |
|
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) berhasrat untuk mendapatkan maklum balas dari pengguna-pengguna Observatori Negara Langkawi (ONL) mengenai perkhidmatan / instrumentasi yang telah diberikan di ONL dari mula ia beroperasi sehingga ke hari ini. Maklum balas ini bertujuan untuk penambahbaikkan perkhidmatan kami dari masa ke semasa.
Borang ini bolehlah dikembalikan melalui: email:
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
atau Faks: 03-8888 3480 |
|
|