News & Programmes
Latest News
LAPORAN BENGKEL RADIO ASTRONOMI SIRI 1 | LAPORAN BENGKEL RADIO ASTRONOMI SIRI 1 |
|
|
|
|
WE ARE SORRY. THIS ARTICLE IS ONLY APPLICABLE IN MALAY VERSION. KUALA LUMPUR, 20 JULAI 2010 – Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) telah mengadakan bengkel Radio Astronomi Siri 1 pada 20 Julai 2010 bertempat di Planetarium Negara, Kuala Lumpur.Bengkel ini telah dirasmikan oleh Dr. Mustafa Din Subari, Ketua Pengarah ANGKASA. Bengkel yang dihadiri oleh lebih dari 30 orang pakar-pakar dalam bidang Radio Astronomi ini telah berlangsung dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Kupasan mengenai hala tuju serta status program Radio Astronomi di Malaysia menjadi isu penting dalam perbincangan oleh tiga orang panel pembentang kertas kerja. Pembentang kertas kerja pertama iaitu En. Mhd. Fairos Asillam, ANGKASA telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Peranan ANGKASA dalam membangunkan sektor Radio Astronomi di Malaysia”.Kertas kerja kedua yang bertajuk “ Status perancangan Radio Astronomi di Malaysia pada masa kini dan hala tuju pada masa hadapan” telah dibentangkan oleh Dr. Zamri Zainal Abidin dari Universiti Malaya. Manakala pembentang yang terakhir iaitu Prof. Madya Dr. Halim Abdul Aziz, dari Universiti Sains Malaysia telah membentangkan kertas kerja ketiga yang bertajuk “Peranan IPTA dalam membangunkan Radio Astronomi di Malaysia dari segi kebolehan dan kepakaran dalam bidang penyelidikan”. Selain itu, bengkel ini dilihat mendapat sambutan yang baik dari para jemputan yang hadir melalui sesi dialog bersama pembentang. Sesi dialog yang dipengerusikan oleh Dr. Mustafa Din Subari, Ketua Pengarah ANGKASA ini telah mengambil masa selama kira-kira 1 jam dan pelbagai pendapat telah diutarakan bagi memberikan input yang penting untuk membangunkan program Radio Astronomi di Malaysia dalam jangka masa 5 tahun akan datang. Hasil daripada perbincangan, maka kerjasama yang akan dibuat bagi membangunkan bidang Radio Astronomi di Malaysia ialah melalui program-program penyelidikan bagi melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang ini. Kolaborasi di antara IPTA, ANGKASA, badan bukan kerajaan mahupun di peringkat antarabangsa adalah perlu secara berterusan dan sistematik bagi memastikan bidang Radio Astronomi terus berkembang di negara ini.Galeri Imej semasa program berlangsung:
Papar/Muat Turun Presentation semasa Bengkel: PERANAN ANGKASA DALAM MEMBANGUNKAN SEKTOR RADIO ASTRONOMI DI MALAYSIA (pdf file,4.7Mb) |
|||||||
| < Prev | Next > |
|---|
















