News & Programmes
Latest News
LAPORAN TAKLIMAT KHAS PROGRAM SAINS MIKROGRAVITI BERSAMA AHLI PARLIMEN | LAPORAN TAKLIMAT KHAS PROGRAM SAINS MIKROGRAVITI BERSAMA AHLI PARLIMEN |
|
|
|
|
WE ARE SORRY. THIS ARTICLE IS ONLY APPLICABLE IN MALAY VERSION. KUALA LUMPUR, 13 JULAI 2010 – Seramai 250 orang termasuk 71 Ahli Parlimen telah menghadiri Sesi “Taklimat Khas Kajian Sains Mikrograviti Bersama Ahli Parlimen”, Program Angkasawan Negara anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada 13 Julai 2010 (Selasa) bertempat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Seramai enam Saintis yang terlibat dalam Kajian Sains Mikrograviti Program Angkasawan Negara telah membentangkan hasil kajian masing-masing. Y.B Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menjadi moderator bagi sesi dialog di mana Ahli-Ahli Parlimen telah menunjukkan minat untuk mendalami lagi program sains mikrograviti. Sesi Pembentangan dipengerusikan oleh Dr. Mustafa Din Subari, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) telah memberi ruang kepada Ahli-Ahli Parlimen untuk mendapatkan maklumat tambahan dan keberkesanan kajian sains mikrograviti kepada bidang sains dan pembangunan negara. Antara Saintis yang hadir di taklimat berkenaan ialah:- 1. Prof Dr. Raja Nor Zaliha Raja Abdul Rahman, Universiti Putra Malaysia Tajuk : Penghabluran Enzim/Protein Industri di Angkasa (Crystallization of Industrially Important Enzyme/Protein in Space)
2. Prof. Dr. Hapizah Mohd Nawawi, Universiti Teknologi MARA Tajuk : Kesan Penerbangan Angkasa Jangka masa Pendek Terhadap Fungsi Endotelium Dan Inflamasi (Penanda Risiko Penyakit Jantung Koronari) 3. Prof Madya Dr Gabriele Ruth Anisah Froemming, Universiti Teknologi MARA Tajuk : Osteoblast cellular function during space flight
4. Prof Dr. A.Rahman Jamal, Universiti Kebangsaan Malaysia diwakilkan oleh Dr. Thien Sue Mian. Tajuk : Eukaryotic Cells in Space
5. Prof Dr. Ramelah Mohamed, Universiti Kebangsaan Malaysia Tajuk : Kajian kesan persekitaran angkasa (mikrograviti dan radiasi) ke atas pertumbuhan, profil ekspresi gen dan mekanisme kerintangan antibiotik Enterobacter cloacae
6. Prof Dr. Sazaly Abu Bakar, Universiti Malaya Tajuk : Kesan persekitaran angkasa (mikrograviti dan radiasi) ke atas mekanisme ketahanan dan perubahan ekspresi profil gen bagi Acinetobacter Baumanii
Sempena dengan Program Taklimat Khas berkenaan, Agensi Angkasa Negara, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan Pameran Program Sains Mikrograviti kepada pengunjung-pengunjung di Parlimen. Pameran tersebut dilanjutkan sehingga 15 Julai 2010 untuk memberi peluang kepada pengunjung Parlimen mendapat maklumat tambahan tentang kajian sains mikrograviti dan kebaikannya kepada rakyat dan negara. Turut hadir dalam sesi taklimat tersebut ialah Y.B Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri MOSTI, Y.B Tuan Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Menteri MOSTI, Y.Bhg. Dato’ Madinah Mohamad, KSU MOSTI, Ketua-Ketua Jabatan di MOSTI dan Ahli-Ahli Parlimen. |
| < Prev | Next > |
|---|












