Menu
| Online Services/Downloads |
| Financial Performance Report |
| Publications |
| Gallery Image |
| Gallery Video |
| Visit/Contact Us |
| E-feedback |
| FAQs |
| Staff directory |
Today Announcement
| Tender/Quotation |
| Checklist for Vendor |
| Tender/Quotation Result |
Login Form
Share Your Opinion
Highlights
| LAPORAN KOLOKIUM ASTRONOMI VARIABLE STAR |
|
|
|
|
WE ARE SORRY. THIS ARTICLE IS ONLY APPLICABLE IN MALAY VERSION. KUALA LUMPUR, 2 APRIL 2010 – Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) telah mengadakan kolokium astronomi bertemakan penyelidikan bintang variable pada 2 April 2010(Jumaat) bertempat di Planetarium Negara, Kuala Lumpur. Kolokium disampaikan oleh Dr. Chow Choong Ngeow dari University of Taiwan, Taiwan. Tajuk kolokium ini ialah “Cepheid and the Period-Luminosity Relation”. Majlis yang dihadiri oleh lebih dari 30 orang pakar-pakar dari pelbagai institusi ini telah berlangsung dari jam 1600 petang dan berakhir pada jam 1800 petang. Kupasan mengenai penyelidikan terbaru tentang variable star menjadi isi penting dalam sesi kolokium ini. Inti pati utama syarahan beliau menegaskan keperluan dan kepentingan dari segi saintifik pemetaan dan pengkajian bintang kategori Cepheid dan peranan unik yang boleh disumbangkan oleh Observatori Negara Langkawi (ONL) dengan mengambil maklum kedudukannya di khatulistiwa. Selain daripada syarahan ini, Dr Chow Choong Ngeow juga akan ke ONL dari 5-8 April ini untuk membuat pencerapan bintang Variable kategori Cepheid dan dalam masa yang sama mengadakan kursus asas dalam bidang ini kepada staf-staf ONL. Selain itu, majlis kolokium ini dilihat mendapat sambutan yang baik dari para jemputan yang hadir melalui sesi dialog bersama penceramah. Pelbagai soalan yang berkaitan dengan bintang variable telah diutarakan kepada penceramah. ![]() Dr. Chow Choong Ngeow sedang menyampaikan syarahan tentang penyelidikan terbarunya berkaitan bintang variable kategori Cepheid.
|
| < Prev | Next > |
|---|































