|
Matlamat teras dan sebahagian daripada agenda Program Angkasawan(TM) adalah untuk mencapai kejayaan dalam objektif-objektif berikut untuk memantapkan amalan mematuhi taraf kecermelangan dalam bidang sains, teknologi dan industri di Malaysia.
Identiti Memberi inspirasi kepada warga Malaysia agar berusaha untuk mencapai keunggulan dan kesepakatan tujuan, di samping menanamkan kesedaran identity diri yang bakal membina keazaman negara.
Pencapaian Menghantar seorang Angkasawan(TM) Malaysia ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada tahun 2007 untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang bakal mendatangkan faedah kepada sains, teknologi dan industri Malaysia.
Kepakaran Memperoleh ilmu pengetahuan dan pengalaman daripada Rusia dan negara-negara lain supaya menjadi asas bagi Malaysia untuk membina kepakaran dalam lapangan sains angkasa lepas dan sains.
Ilham Memupuk minat di kalangan rakyat muda Malaysia untuk menjelajahi bidang-bidang baru sains dan teknologi yang amat penting untuk memelihara ke boleh saingan negara dalam jangka masa panjang dalam era globalisasi ini.
|
|