Log Masuk






Katalaluan hilang?
Belum berdaftar?
Daftar dan Kongsi Program/Berita/Artikel Anda di sini PERCUMA!
Anda di halaman: Muka Utama arrow Mengenai Kami arrow Kampus arrow Observatori Negara Langkawi
Sains Angkasa - Observatori Negara Langkawi PDF Cetak E-mail

Pengenalan

     Dengan penubuhan Planetarium Negara, Kuala Lumpur dalam tahun 1994 bersama dengan litupan media yang meluas dan dari sokongan program-program angkasa, peranan aktif oleh NGOs terutama sekali kelab-kelab astronomi dan pengubahsuaian subjek astronomi di sekolah rendah dan menengah untuk merangkumi sains angkasa, kesedaran masyarakat Malaysia, terutama sekali dari golongan generasi muda tentang kepentingan sains angkasa terus meningkat.

     Ini mengakibatkan bilangan pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke tahap siswazah dari segi astronomi dan juga tuntutan untuk astronomi dijadikan sebagai satu subjek pelajaran meningkat. Ahli-ahli falak profesional Malaysia telah dapat menunjukkan bahawa infrastruktur asas untuk astronomi semakin diperlukan.

     Dengan penubuhan Agensi Angkasa Negara Malaysia dalam tahun 2002, rancangan dibincangkan untuk membina sebuah balai cerap dengan sistem teleskop robotik yang boleh di kendalikan secara remote melalui internet. 

     Balai cerap ini dikenali sebagai Observatori Negara Langkawi yang mengandungi teleskop untuk pencerapan objek-objek di langit malam dan teleskop suria untuk pencerapan solar.


Objektif-objektif balai cerap ini adalah seperti berikut:

      • Untuk memberi kemudahan kepada golongan pihak tertentu untuk penyelidikan astronomi
      • Untuk melengkapkan negara dengan infrastruktur astronomi yang asas
      • Untuk mempertingkatkan dan menarik minat masyarakat Malaysia bagi memahami sains angkasa lepas untuk kepentingan negara; dan
      • Untuk penggunaan ahli-ahli astronomi serata dunia untuk penyelidikan cakerawala.


Lokasi

     Lokasi Observatori Negara Langkawi terletak di Empangan Takungan air di Bukit Malut, Pulau Langkawi. Kedah di Utara Malaysia. Ia dibina dalam kawasan hutan simpanan.

 

Pautan :

Laman Web Balai Cerap Negara,Langkawi
ANGKASA Galeri

 

Media
 

National Observatory


National Observatory


National Observatory


National Observatory


National Observatory


National Observatory


National Observatory


National Observatory


National Observatory


National Stellar Observatory


National Stellar Observatory


National Stellar Observatory


Stellar Telescop


Stellar Telescop


National Solar Observatory


National Solar Observatory


Solar Telescop


Weather Station and All Sky Camera