Skip to main content
Image

Pengenalan

Satelit buatan manusia yang pertama mengorbit bumi ialah Sputnik 1. Ia dibina oleh Soviet Union dan telah dilancarkan pada 4 Oktober 1957. Sputnik mempunyai orbit yang berbentuk elips dan berasa pada altitud di antara 225 hingga 950 km. Sepanjang berada di orbit ia menyiarkan isyarat bip selama 21 hari sebelum terbakar di atmosfera bumi pada 4 Januari 1958.Satelit memerlukan teknologi yang unik dan tahan lasak bagi membolehkan ia bertahan sewaktu proses pelancaran dan menghadapi persekitaran angkasa yang ekstrim. Satelit juga perlu membawa sumber tenaganya sendiri kerana ia tidak dapat menerimanya dari bumi. Ia harus mengekalkan orientasinya atau menghadap pada arah yang tertentu bagi menjayakan misinya. Satelit perlu mengekalkan suhu yang bersesuaian ketika berada dalam keadaan panas menghadap matahari dan keadaan sejuk ruang angkasa. Ia juga mestilah mampu bertahan dengan tahap radiasi yang tinggi dan pelanggaran dengan mikrometeoroid. Kebanyakan satelit dilengkapi dengan onboard computer bagi mengawal operasi dan misi satelit tersebut.

Terdapat pelbagai jenis satelit yang telah dihantar ke angkasa seperti satelit komunikasi, satelit navigasi, satelit cuaca dan satelit pencerapan bumi. Satelit yang mengorbit bumi boleh memberikan data untuk pemetaan bumi, menentukan bentuk dan saiz bumi serta mengkaji dinamik lautan dan atmosfera. Saintis juga menggunakan satelit untuk mencerap matahari, bulan, planet-planet dan bulan-bulannya, komet-komet, bintang-bintang dan galaksi-galaksi. Hubble Space Telescope adalah merupakan pencerap am yang dilancarkan pada tahun 1990. Sesetengah satelit saintifik turut mengorbit objek lain selain daripada bumi. Contohnya seperti Mars Global Surveyor yang mengorbit planet Marikh.

Malaysia juga tidak ketinggalan untuk menghantar satelit ke angkasa iaitu TiungSAT, MeaSAT dan RazakSATTM

Bahasa Malaysia