Skip to main content
Image

Fasiliti Kawalan Misi

FASILITI KAWALAN MISI ANGKASA

1. Pengenalan Fasiliti Kawalan Misi

    Fasiliti Kawalan Misi ANGKASA adalah dimiliki dan dikendalikan oleh Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) yang menyediakan sistem komunikasi bagi kedua-dua laluan menaik (uplink) dan laluan menurun (downlink) di antara stesen bumi dengan objek angkasa (satelit). Fasiliti ini mempunyai dua sistem antena iaitu antena bersaiz 5.0 meter diameter yang boleh menjalankan operasi Penjejakan, Telemetri & Kawalan (TT & C) dalam julat frekuensi Jalur-S dan antena bersaiz 7.3 meter diameter iaitu Sistem Penerimaan dan Pemprosesan Imej (IRPS) yang beroperasi dalam julat frekuensi Jalur-X. Kedua-dua sistem antena ini berupaya menjalankan operasi penjejakan dalam pelbagai mod iaitu Auto, Program dan Manual melalui saluran Right Hand Circular Polarization (RHCP) atau Left Hand Circular Polarization (LHCP). Sistem ini mempunyai keupayaan untuk menerima data menggunakan kedua-dua saluran secara serentak. Fasiliti Kawalan Misi ANGKASA telah memulakan pengoperasiannya sejak tahun 2005 dan juga telah memberikan perkhidmatan penjejakan sokongan kepada agensi antarabangsa yang lain untuk sebarang misi angkasa lepas seperti European Space Agency (ESA) dan Indian Space Research Organization (ISRO).

Lokasi Stesen Bumi:

  • Longitud          : 101.50778 oE (101o 30’ 28” E)
  • Latitud             :  2.78433 oN (2o 47’ 3.59” N)

 

2. Perkhidmatan Fasiliti Kawalan Misi

Fasiliti Kawalan Misi kendalian ANGKASA menyediakan platform kawalan bagi pengoperasian sesebuah satelit orbit rendah dan sederhana pada komunikasi dua hala seperti berikut:

• Tiga sistem antenna
• 5.0 meter untuk tujuan Penjejakan, Telemetri & Kawalan (TT&C) pada  julat frekuensi jalur-S
• 7.3 meter antena untuk Penerimaan Imej dan Sistem Pemprosesan (IRPS) yang beroperasi pada julat frekuensi jalur-X
• 7.3 meter antenna untuk kedua-dua julat frekuensi jalur S dan X untuk TT&C dan penerimaan data
• Mod penjejakan dalam Auto, Program dan Manual
• Circular polarization dalam RHCP dan LHCP
• Berupaya menerima data dalam kedua-dua polarisasi secara serentak
 

 

JALUR-S

(TT&C)

JALUR-X

(PAYLOAD DATA RECEPTION)

Frekuensi Uplink

2025 MHz – 2110 MHz

-

Frekuensi Downlink

2200 MHz – 2290 MHz

8000 MHz – 8400 MHz

Gain over Temperature (G/T)

19 dB/K

31.5 dB/K

Kelajuan Kadar Data Maksimum

20Mbps (Uplink)

Bergantung kepada misi (Downlink)

640Mbps

 

3. Rekod Pelanggan

  • SIRIM RASA
  • SIRIM QAS/ Sapura Secured/ Sapura Thales
  • Modenas
  • Daikin
  • J&E Hall
  • TDK Lambda
  • WSA Engineering/ Proton
  • Universiti Sains Malaysia
  • Astronautic Technology Sdn. Bhd
  • European Space Agency
  • Indian Space Research Organization (ISRO)
  • MEASAT

bpoa3.png

Bahasa Malaysia