Skip to main content

Teknologi Makanan

Penilaian makanan akan diadakan bersama anak kapal penerbangan shuttle, dari lapan hingga ke sembilan bulan sebelum tarikh lancar. Dalam sesi penilaian makanan ini, anak-anak kapal akan merasa beberapa jenis makanan dan minuman yang disediakan untuk penerbangan mereka. Ahli-ahli anak kapal ini kemudian akan memilih senarai makanan yang mereka boleh gunakan berulang kali untuk beberapa hari atau tidak mengikuti cipta rasa sendiri.  Mereka akan menyenaraikan rancangan sarapan pagi, tengah hari dan malam; makanan ringan juga disertakan dalam senarai makanan. Jenis-jenis makanan yang terdapat meliputi jenis yang boleh di hidrat semula, yang telah di termos stabil,  yang telah di pancar sinar dan jenis semula jadi.

Sains Kehidupan

Beberapa buah negara telah bergabung dan memberi sumbangan khidmat pengetahuan mereka di Stesen Angkasa Antarabangsa (International Space Station - ISS) untuk mengendali beberapa jenis kajian demi kebaikan masa hadapan manusia sejagat. Kini, setiap negara berada dalam fasa pembinaan sistem-sistem eksperimen yang berlainan. Sistem Pengempar kini sedang dalam proses pembinaan di ISS, dan sistem ini merupakan salah satu Teras dalam Sains Kehidupan.

Sains Fizikal

Pengenalan
Sains Fizikal adalah bentuk sains yang merangkumi ilmu fizik, ilmu kimia, astronomi dan ilmu geologi yang menganalisis keadaan semula jadi dan sifat-sifat jirim tenaga kuasa dan bahan yang tidak hidup.

Perubatan Angkasa

Perubatan angkasa, merupakan penkajian kesan-kesan perubatan dan biologi semasa dalam angkasa ke atas organisma-organisma. Matlamat utama ialah untuk mengetahui berapa sebaik mana dan berapa lama manusia dapat bertahan dalam keadaan angkasa yang ekstreme dan juga sejauh mana mereka dapat menyesuaikan balik diri dalam persekitaran bumi selepas pelayaran angkasa.  

Manusia di Angkasa

Terdapat beberapa senarai yang boleh dirujuk tentang sebab-sebab perlunya penerbangan angkasa bagi manusia. Persatuan Angkasa Kebangsaan mempunyai senarai terperinci, dan SPACE.com menyatakan tentang  Top 3 dan Top 10. Namun demikian, masih ada keperluan untuk suatu senarai padat yang mudah dirujuk - contohnya seperti berikut:


Manusia berada di angkasa: 

  • Untuk Bekerja
  • Untuk Hdup
  • Untuk Terus Hidup

Untuk Bekerja
Suatu hujah yang  biasa diutarakan bagi menentang idea untuk meletakkan manusia di angkasa ialah bahawa robot lebih sesuai. Pandangan ini hanya separuh benar. Robot lebih sesuai berbanding manusia untuk tugasan tertentu, namun manusia lebih baik daripada robot bagi tugasan tertentu yang lain. Sifat tugasan menentukan sama ada manusia atau robot digunakan. Persekitaran Zuhrah yang sangat tidak mengundang manusia mungkin lebih sesuai bagi robot; suatu pembinaan atau tugasan membaik pulih yang rumit pula memerlukan manusia.
 

Subscribe to Space Science