Skip to main content
Image

Falsafah

Pendidikan adalah objektif teras dalam misi program Angkasawan ini, di mana ia membenarkan ANGKASA meneroka alam pendidikan dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan dengan cara yang tidak pernah dibayangkan oleh rakyat Malaysia.

Melalui Program Angkasawan™, ANGKASA akan berusaha melibatkan ahli-ahli sains, pendidik-pendidik, ibu-bapa, orang awam dan pelajar-pelajar (generasi peneroka akan datang) ke dalam semua fasa-fasa pemilihan, latihan dan proses penerbangan mengikut cara-cara yang berlainan dan dengan cara berinspirasi.

Dengan secara tidak langsung melalui laman web ini, kami dapat membantu ahli-ahli sains, pelajar, pendidik, ibu-bapa dan masyarakat am yang berminat menyertai program ini dengan membenarkan mereka mengikuti ke semua aktiviti-aktiviti Program Angkasawan™.

Bahan-bahan pendidikan Program Angkasawan™ akan direka untuk memberi sokongan kepada kurikulum negara dalam bidang matematik, sains dan teknologi.

Add new comment

Plain text

  • No HTML tags allowed.
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.