Skip to main content
Image

Sejarah Satelit Komunikasi

Gambaran keseluruhan berkenaan satelit komunikasi 

Satelit komunikasi telah bermula dengan pelancaran Sputinik pada 4 Oktober 1957 ( contohnya pemancar beacon , tiada keupayaan perkhidmatan komunikasi). Satelit komunikasi pertama yang berfungsi telah dilancarkan pada Julai 1962 (Telstar I) & pada May 1963 (Telstar II). Satelit Geo pertama pula merupakan satelit Syncom III dilancarkan pada Ogos 1964 (dilengkapi satu saluran TV dan beberapa keupayaan sambungan telefon berbentuk 2-hala) pada 180oE. Satelit DBS pertama merupakan TVSAT yang dilancarkan pada tahun 1987. Kredit kepada : Satcom_history

Satelit komunikasi (dikenali secara ringkas dengan panggilan comsat) merupakan satelit artificial ditempatkan di angkasa yang bertujuan sebagai telekomunikasi. Satelit komunikasi moden menggunakan pelbagai jenis orbit termasuk orbit geosegerak, orbit Molniya serta orbit elliptikal dan orbit Bumi rendah (polar dan tidak berpolar). Kredit kepada: Communication Satellite

Sistem satelit menggunakan frekuensi gelombang mikro di dalam jalur di antara 1 -50 GHz. Pelemahan disebabkan faktor hujan amat signifikan bagi frekuensi >10 GHz. Di Malaysia, pembekal perkhidmatan Astro telah menggunapakai sistem yang direka khusus untuk meningkatkan kuasa bagi sistem penghantaran signal satelit bagi mengatasi masalah ini.Kredit kepada: History

 

history1.jpg

 

Bahasa Malaysia