Skip to main content
Image

Ringkasan Roket

Bahagian Pembangunan Teknologi dan Aplikasi Angkasa (SATD) adalah bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program-program di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) bagi memastikan negara dapat memanfaatkan sepenuhnya aplikasi dari teknologi angkasa di dalam seluruh bidang dan sektor pengguna di Malaysia secara optimum dan selamat. Tujahan roket adalah salah satu bidang pembangunan dalam SATD

Aktiviti yang dijalankan dalam pembangunan roket

Selain itu, bagi menyumbang kepada perkongsian pengetahuan, sebuah pusat sumber maklumat berkenaan roket diwujudkan:

Sains roket merupakan penyelesaian kepada semua teknologi berkaitan angkasa, khususnya satelit dan kini telah banyak mempengaruhi kehidupan sehari-hari masyarakat dengan pelbagai cara, seperti navigasi, telekomunikasi, dan peramalan cuaca. Melalui pendekatan saintifik, peroketan telah membuka jalan pada alam semesta kita, yang membolehkan pelancaran pesawat angkasa untuk menerokai sistem suria, satelit untuk pencerapan bumi, dan teleskop angkasa untuk mendapatkan pandangan yang lebih jelas berkenaan alam semesta.

  • Robert Esnault-Pelterie telah menerbitkan sebuah nota kuliah tentang teori roket dan penjelajahan ke ruang antara planet dan telah membuat kiraan asas tentang tenaga yang diperlukan untuk membuat perjalanan pergi dan balik ke bulan dan planet-planet. klik utk info berkaitan sejarah roket.
  • Dalam penerbangan ke angkasa, kenderaan pelancar dikenali sebagai roket digunakan untuk membawa muatan seperti satelit dari permukaan bumi ke ruang angkasa. Klik utk info berkaitan aplikasi roket
  • Roket adalah jenis enjin yang mendorong dirinya kehadapan atau ke atas dengan menghasilkan tujahan. Tidak seperti enjin jet yang menyedut udara luar, enjin roket hanya menggunakan bahan bakar yang dibawa sahaja. Klik utk info berkaitan teknologi asas roket
  • Satelit-satelit Malaysia telah dilancarkan ke ruang angkasa menggunakan kenderaan pelancar terpilih dari organisasi terkemuka di dunia. Klik utk info berkaitan pelancar

 

Bahasa Malaysia