Skip to main content
Image

Teknologi Penderiaan Jauh

Remote Sensing adalah sains bagi mendapatkan maklumat permukaan bumi tanpa menyentuh objek (bumi) tersebut. Ini dilakukan dengan mengesan dan merekod tenaga yang dipantulkan atau dipancarkan dan kemudian diproses, dianalisis dan kemudian maklumat tersebut digunapakai. Kredit kepada: Natural Resourse Canada

Semua objek pada suhu lebih daripada sifar mutlak memancarkan, menyerap dan memantul sinaran elektromagnet (EMR). Tenaga ini, diukur dalam unit foton, bergerak dalam bentuk gelombang pada pelbagai panjang gelombang. Julat lengkap panjang gelombang tersebut dikenali sebagai spektrum elektromagnet. Spektrum tersebut dipecahkan kepada bahagian-bahagian mengikut panjang gelombang yang ditetapkan. Dalam pergerakan sinaran melalui atmosfera, sebahagian terpantul dan sebahagian terserap dan terpancar  semula. Penderia yang berada di dalam satelit akan merekod sinaran yang terpantul, dan daripadanya kita dapat mencirikan fitur yang menghasilkan tindak balas seperti yang direkodkan oleh penderia. Ini bermakna sinaran elektromagnet adalah asas bagi teknologi penderiaan jauh.

 

a. The Remote Sensing Tutorial   b. Asas kepada Penderiaan Jauh

Dua (2) jenis sensor asas:

  • Pasif  : Sensor mengesan pantulan atau pancaran radiasi elektro-magnetik dari punca natural (Matahari).
  • Aktif  : Sensor mengesan pantulan radiasi daripada objek  yang daripada sumber tenaga tiruan atau luaran (Radar)

Tech1RS.jpg

Info lanjut tentang sensor penderiaan jauh:

 

Bahasa Malaysia