Skip to main content
Image

Aktiviti Yang Dijalankan Dalam Bidang Navigasi

Navigasi adalah salah satu aplikasi bidang angkasa yang semakin luas pengunaannya. Oleh yang demikian, Bahagian Pembangunan Teknologi dan Aplikasi Angkasa (SATD) yang ditubuhkan pada tahun 2007 adalah bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program-program di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) bagi memastikan negara dapat memanfaatkan sepenuhnya aplikasi dari teknologi angkasa di dalam seluruh bidang dan sektor pengguna di Malaysia secara optimum dan selamat. Selain itu, bagi menyumbang kepada perkongsian pengetahuan, sebuah pusat sumber maklumat berkenaan navigasi diwujudkan. 

 

SATELLITE BASED TRACKING AND TRACING FOR MOBILE WORKFORCE APPLICATIONS

Projek ini telah dimulakan pada April 2012 dengan tujuan untuk membangunkan sistem mobile workforce yang dipercayai dapat memudahkan pengurusan kerja terutama sekali yang melibatkan kerja-kerja dilapangan. Melalui sistem prototaip ini, pihak pengurusan mampu memantau kedudukkan staf dilapangan dengan mengetahui kedudukkan mereka melalui peralatan tracking dan segala maklumat dilapangan dapat diperolehi menerusi paparan yang terdapat pada alat tracing. Peralatan-peralatan IT yang dipakai dalam projek ini adalah alat tracking jenis sistem pengoperasian android dan window, serta alat tracing E200 UHF Mobile RFID Reader. Tempoh pembangunan selama 18 bulan.

mobile-workforce-1.jpgmobile-workforce-2.jpgmobile-workforce-3.jpg

 

PROJEK DANA SAINS MOSTI: DEVELOPMENT OF GNSS & DGPS INTEGRITY MONITORING SYSTEM IN MALAYSIA

Projek ini telah dimulakan pada bulan Mei 2012 dengan tujuan untuk membangunkan infrastruktur dan sistem pemantauan integriti terhadap isyarat yang diterima daripada satelit-satelit navigasi (GNSS). Isyarat-isyarat berkenaan akan dianalisis pada setiap masa untuk memastikan tahap kualiti yang baik serta ketepatan output yang tinggi. Notis amaran akan dikeluarkan kepada pengguna tempatan melalui laman web ANGKASA sekiranya berlaku isyarat anomali daripada satelit. Sistem pemantauan ini adalah bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan dijangka menggunakan masa selama 18 bulan. 

INTEGRITY-MONITORING-SYSTEM.jpg

 

RANGKAIAN SISTEM PEMANTAUAN MULTIGNSS

ANGKASA telah mengambil bahagian dalam rangkaian sistem pemantauan satelit navigasi GNSS antarabangsa dengan menubuhkan stesen penerima GNSS di prusat angkasa negara.Sistem rangkaian sistem ini diusahakan oleh Agensi Explorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA) dengan tujuan untuk memantau dan menambahbaikan ketepatan lokasi dan pemasaan waktu GNSS di orbit bagi menghasilkan titik kedudukan yang tepat (Precise Point Positioning). Sehingga kini, negara-negara yang turut terlibat dalam rangkaian ini adalah Filipina, Korea Selatan, Vietnam, Indonesia, Taiwan, Czech Republik, Holand, Singapura, Amerika Syarikat, Papua New Guinea, Brunei dan Arab Saudi. Stesen di premis ANGKASA ini beroperasi 24 jam sehari untuk mencerap data-data satelit GPS, GLONASS, GALILEO dan QZSS termasuk pelbagai jalur frekuensi masing-masing. Data-data yang diperolehi boleh digunapakai untuk tujuan kajian penyelidikan dan pembangunan dalam aplikasi GNSS dan juga fenomena ionosfera. Untuk manfaatkan secara maksimum, data-data cerapan ini terbuka dan tersedia untuk kegunaan para penyelidik tempatan. 

Sistem-Pemantauan-MultiGNSS-1.jpgSistem-Pemantauan-MultiGNSS-2.jpg

 

AVLS (AUTOMATED VEHICLE LOCATION SYSTEM) DI BAWAH UNIT SATD UNTUK TUJUAN PENYELIDIKAN.

Sistem penentu kedudukan kenderaan secara automatic atau lebih sinonim sebagai AVLS, adalah merupakan satu kaedah terkini berbantukan teknologi GPS bagi mendapatkan kedudukan relatif sesebuah kenderaan di atas muka bumi ini. Maklumat dan kedudukan  terperinci  geografi sesebuah kenderaan boleh diketahui melalui maklumat yang dihantar kepada pemohon. Secara teknikalnya, maklumat relative kedudukan kenderaan telah ditentukan dengan menggunakan teknologi GPS. Maklumat  yang diterima oleh alat penerima gelombang satelit ini kemudiannya akan di hantar kepada alat penerima radio secara SMS,  GPRS, satelit atau radio terrestrial  sebagai  mekanisma penghantaran. GSM serta EVDO adalah merupakan 2 perkhidmatan atau servis yang biasa digunapakai dalam memberikan kadar purata data yang rendah seperti mana yang diperlukan dalam system AVL. Ia juga  melibatkan kos yang rendah serta mudah untuk dicapai dari mana-mana rangkaian awam. Keperluan bandwidth yang rendah juga membolehkan teknologi satelit untuk menerima data telemetri dengan bayaran yang agak tinggi tetapi kawasan liputannya melepasi dari kawasan global hingga ke kawasan yang terpencil yang tidak diliputi dengan baik oleh radio terestrial atau talian awam.Secara konsepnya, pencetusan idea bagi menghasilkan sistem sebergini adalah untuk kegunaan keselamatan, sama ada keselamatan pemandu atau keselamatan barang (kargo). Selain itu, sistem ini didapati bahawa dapat membantu sesebuah organisasi dari segi mengawal perbelanjaan bulanan, membantu dalam meningkatkan mutu serta penampilan sesebuah organisasi atau syarikat dan juga dapat menghalang daripada berlakunya penipuan di kalangan pekerjanya. Melihat kepada potensi dan keperluan sistem ini, sebagai usaha dan inisiatif SATD, beberapa unit AVLS dipohon untuk pembelian.

Pada 20 Disember 2010, dibawah kendalian Bahagian Pembangunan Teknologi dan Aplikasi Angkasa (SATD), Agensi Angkasa Negara telah berjaya membuat perolehan sebanyak 2 unit AVLS dari syarikat terpilih untuk tujuan penyelidikkan.

Sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap pembangunan teknologi satelit serta aplikasinya, pembelian 2 (dua) unit AVLS ini diharap dapat membantu para penyelidik di ANGKASA untuk menjalankan kegiatan penyelidikkan dalam bidang yang berkaitan, serta dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan pengalaman diri. Selain dari itu, jalinan kerjasamaa dengan agensi luar dan pihak swasta akan dapat  memantapkan lagi industri satelit di negara ini.          

Berikut adalah gambar-gambar yang diambil semasa sesi penerangan alat dan pengendalian sistem AVLS ini yang dilakukan di Planetarium Negara.

av1.jpg

av2.jpg

av3.jpg

av4.jpg

Bahasa Malaysia