Skip to main content
Image

Teknologi GNSS

Sistem Penentududukan Global (GNSS) terdiri daripada tiga bahagian: angkasa, kawalan operasi dan pengguna. Bahagian angkasa berasaskan sekumpulan satelit beroperasi yang direka bentuk bagi meminimumkan impak kegagalan atau ketidakdapatan. Kumpulan satelit ini mengelilingi bumi dua kali dalam sehari dalam suatu orbit yang tepat, dan menyampaikan maklumat berbentuk isyarat ke bumi.

Satu alat penerima khusus akan menerima maklumat ini dan menggunakan kaedah segi tiga untuk menghitung lokasi pengguna dengan tepat. Pada dasarnya, alat terima membuat perbandingan antara waktu sesuatu isyarat itu dipancarkan oleh satelit dengan waktu isyarat itu diterima. Perbezaan waktu inilah yang akan menunjukkan jarak antara satelit dengan alat terima. Jika ukuran jarak diperoleh daripada beberapa satelit lagi, alat terima akan dapat menentukan kedudukan pengguna dan mempamerkannya pada peta elektronik unit berkenaan. Setiap alat penerima GPS ini, perlu di kuncikan atau dikekalan pada signalnya sekuran-kurangnya  3 (tiga) satelit  untuk mengira serta membentuk kedudukan 2D (dimensi) iaitu latitud dan longitud dan mengesan pergerakan. Dengan empat atau lebih satelit, alat terima mampu menentukan kedudukan 3D pengguna (latitud, longitud dan altitud). Sebaik sahaja kedudukan pengguna ditentukan, unit GPS berkenaan boleh menghitung maklumat lain, seperti kelajuan, bearing, jejak, jarak perjalanan, jarak ke destinasi, waktu terbit dan terbenam mata hari, dan banyak lagi.

Artikel berkenaan SBAS

Info berkaitan aplikasi GNSS boleh didapati:

navigation

Bahasa Malaysia