W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Isnin, 11 Disember 2017 
Home

Satelit

Pengenalan

Satelit buatan manusia yang pertama mengorbit bumi ialah Sputnik 1. Ia dibina oleh Soviet Union dan telah dilancarkan pada 4 Oktober 1957. Sputnik mempunyai orbit yang berbentuk elips dan berasa pada altitud di antara 225 hingga 950 km. Sepanjang berada di orbit ia menyiarkan isyarat bip selama 21 hari sebelum terbakar di atmosfera bumi pada 4 Januari 1958.Satelit memerlukan teknologi yang unik dan tahan lasak bagi membolehkan ia bertahan sewaktu proses pelancaran dan menghadapi persekitaran angkasa yang ekstrim.

TiungSAT

 26 September 2000 merupakan detik yang bersejarah untuk Malaysia apabila mikro satelit pertama negara, TiungSAT-1 telah dilancarkan ke ruang angkasa lepas dari Baikanor, Kazakhstan. 

Pembangunan mikro satelit pertama ini telah dipertanggungjawabkan kepada sebuah syarikat tempatan, Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd. Sejurus selepas TiungSAT-1 berada pada orbit yang telah ditetapkan, sistem kawalan di Stesen Kawalan Bumi  ATSB yang terletak di Universiti Kebangsaan Malaysia akan terus menghantar dan menerima isyarat komunikasi untuk berhubung dengan TiungSAT-1.

RazakSAT

Pada masa sekarang, agensi-agensi di Malaysia yang memerlukan imej-imej satelit banyak bergantung pada data, imej dan maklumat yang diperolehi daripada satelit-satelit dari luar negara. Oleh sebab satelit-satelit tersebut berada pada kedudukan orbit yang kurang sesuai, imej yang diterima biasanya lambat dan tidak dapat memenuhi permintaan pengguna dan keperluan di Malaysia. 

Sebuah Medium Aperture Camera Satellite (RazakSATTM), yang merupakan satelit kecil kedua Malaysia akan berupaya membekalkan imej data yang spesifik dan kerap kepada pengguna di Malaysia dan juga negara-negara yang terletak dalam linkungan khatulistiwa.

MeaSAT

MEASAT – Brief Company Profile

The MEASAT group is a premium supplier of satellite services to leading broadcasters, Direct-To-Home (DTH) platforms and telecom operators. With capacity across six (6) communication satellites, MEASAT provides services to over 150 countries representing 80% of the world’s population across Asia, Middle East, Africa, Europe and Australia.

Subscribe to RSS - Satelit
Kembali ke atas