W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Sabtu, 29 Julai 2017 
Home

Eksperimen di Angkasa

Teknologi Makanan

Pengenalan               
Penilaian makanan akan diadakan bersama anak kapal penerbangan shuttle, dari lapan hingga ke sembilan bulan sebelum tarikh lancar. Dalam sesi penilaian makanan ini, anak-anak kapal akan merasa beberapa jenis makanan dan minuman yang disediakan untuk penerbangan mereka.

Ahli-ahli anak kapal ini kemudian akan memilih senarai makanan yang mereka boleh gunakan berulang kali untuk beberapa hari atau tidak mengikuti cipta rasa sendiri. 

Mereka akan menyenaraikan rancangan sarapan pagi, tengah hari dan malam; makanan ringan juga disertakan dalam senarai makanan. Jenis-jenis makanan yang terdapat meliputi jenis yang boleh di hidrat semula, yang telah di termos stabil,  yang telah di pancar sinar dan jenis semula jadi.

Sains Kehidupan

Pengenalan               
Beberapa buah negara telah bergabung dan memberi sumbangan khidmat pengetahuan mereka di Stesen Angkasa Antarabangsa (International Space Station - ISS) untuk mengendali beberapa jenis kajian demi kebaikan masa hadapan manusia sejagat. 

Kini, setiap negara berada dalam fasa pembinaan sistem-sistem eksperimen yang berlainan. Sistem Pengempar kini sedang dalam proses pembinaan di ISS, dan sistem ini merupakan salah satu Teras dalam Sains Kehidupan

Sains Fizikal

Pengenalan               
Sains Fizikal adalah bentuk sains yang merangkumi ilmu fizik, ilmu kimia, astronomi dan ilmu geologi yang menganalisis keadaan semula jadi dan sifat-sifat jirim tenaga kuasa dan bahan yang tidak hidup.

Perubatan Angkasa

Pengenalan               
Perubatan angkasa, merupakan penkajian kesan-kesan perubatan dan biologi semasa dalam angkasa ke atas organisma-organisma. Matlamat utama ialah untuk mengetahui berapa sebaik mana dan berapa lama manusia dapat bertahan dalam keadaan angkasa yang ekstreme dan juga sejauh mana mereka dapat menyesuaikan balik diri dalam persekitaran bumi selepas pelayaran angkasa.  

Subscribe to RSS - Eksperimen di Angkasa
Kembali ke atas