W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Selasa, 26 September 2017 
Home

Manusia di Angkasa

Kehidupan Seharian

Penjagaan Kebersihan
Angkasawan yang tinggal dan bekerja di angkasa mempunyai keperluan yang sama dengan manusia di Bumi dalam hal amalan kebersihan sebagai penjagaan kesihatan. Mereka menyikat rambut, menggosok gigi, bercukur dan menggunakan bilik air. Walau bagaimanapun, disebabkan persekitaran mikrograviti, angkasawan menggunakan beberapa kaedah yang agak berlainan bagi menjaga kebersihan diri mereka. 

Angkasawan Charlie Precourt mencuci rambut dengan menggunakan syampu yang tidak perlu dibilas, yang pada awalnya direka untuk pesakit di hospital yang tidak boleh mandi. STS-92 Juruterbang Pamela Melroy menunjukkan bagaimana mencuci rambut di angkasa. 

Manusia di Angkasa

Terdapat beberapa senarai yang boleh dirujuk tentang sebab-sebab perlunya penerbangan angkasa bagi manusia. Persatuan Angkasa Kebangsaan mempunyai senarai terperinci, dan SPACE.com menyatakan tentang  Top 3 dan Top 10. Namun demikian, masih ada keperluan untuk suatu senarai padat yang mudah dirujuk - contohnya seperti berikut:

Manusia berada di angkasa: 

  • Untuk Bekerja
  • Untuk Hdup
  • Untuk Terus Hidup

Untuk Bekerja
Suatu hujah yang  biasa diutarakan bagi menentang idea untuk meletakkan manusia di angkasa ialah bahawa robot lebih sesuai. Pandangan ini hanya separuh benar. Robot lebih sesuai berbanding manusia untuk tugasan tertentu, namun manusia lebih baik daripada robot bagi tugasan tertentu yang lain. Sifat tugasan menentukan sama ada manusia atau robot digunakan. Persekitaran Zuhrah yang sangat tidak mengundang manusia mungkin lebih sesuai bagi robot; suatu pembinaan atau tugasan membaik pulih yang rumit pula memerlukan manusia.
 

Subscribe to RSS - Manusia di Angkasa
Kembali ke atas