W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Ahad, 19 November 2017 
Home

Latar Belakang

Program Angkasawan™ Negara ialah satu projek yang dikenal pasti di bawah perjanjian timbal-balas antara Kerajaan Malaysia dan Rusia melalui pembelian pesawat-pesawat pejuang Sukhoi 30 MKM. Menerusi pakej ini, Kerajaan Rusia akan menanggung kos melatih dan menghantar seorang angkasawan malaysia ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada bulan Oktober 2007 termasuk seorang Angkasawan™ Simpanan.   

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan proses pemilihan Angkasawan™ Negara. Proses ini telah menghampiri kemuncak apabila dua daripada empat orang calon terakhir akan diumumkan oleh  YAB Perdana Menteri Malaysia sebelum mereka menjalani Program Latihan Angkasawan™ selama 18 bulan di Rusia. 
Program ini akan memberi banyak manfaat kepada rakyat dan negara terutama dalam bidang sains dan teknologi. Ini termasuklah Perubatan Angkasa, Perubatan Penerbangan, Sains Hayat, Sains Alam Sekitar dan Ilmu Fizik di mana ahli-ahli sains akan melibatkan diri dalam mereka bentuk ujikaji yang dapat dilaksanakan dalam persekitaran yang unik. Penyelidikan ini akan memberi faedah kepada beberapa industri terpilih seperti Perubatan dan Aero Angkasa ke arah mencapai masyarakat saintifik.

Program ini akan menjadi perintis kepada seluruh generasi baru negara ini untuk menjelajahi teknologi baru yang bakal mewujudkan suatu kelebihan bagi Malaysia untuk bersaing di arena global.

 

Media

 

 

 

Kembali ke atas