W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Ahad, 19 November 2017 
Home

Teknologi Makanan

Pengenalan               
Penilaian makanan akan diadakan bersama anak kapal penerbangan shuttle, dari lapan hingga ke sembilan bulan sebelum tarikh lancar. Dalam sesi penilaian makanan ini, anak-anak kapal akan merasa beberapa jenis makanan dan minuman yang disediakan untuk penerbangan mereka.

Ahli-ahli anak kapal ini kemudian akan memilih senarai makanan yang mereka boleh gunakan berulang kali untuk beberapa hari atau tidak mengikuti cipta rasa sendiri. 

Mereka akan menyenaraikan rancangan sarapan pagi, tengah hari dan malam; makanan ringan juga disertakan dalam senarai makanan. Jenis-jenis makanan yang terdapat meliputi jenis yang boleh di hidrat semula, yang telah di termos stabil,  yang telah di pancar sinar dan jenis semula jadi.

Links
Artikel Food in Space
 


Eksperimen FTS (Food Tray in Space)               
Salah satu daripada sungutan angkasawan-angkaswan apabila terpaksa menjalani tugas jangka waktu panjang, adalah kekurangan jenis makanan yang berlainan yang mereka makan semasa dalam orbit. Soalan lazim yang kerap di timbulkan adalah:

  • Apakah perubahan yang berlaku kepada makanan angkasawan dalam tempoh 50 tahun yang lepas? 
  • Apakah jenis makanan yang dimakan kini oleh angkasawan di angkasa? 
  • Apakah kaedah yang digunakan bagi mencegah kerosakan makanan? 
  • Jika anda duduk di angkasa selama sebulan, makanan manakah yang anda akan paling terasa ketiadaannya?

Objektif eksperimen FTS adalah untuk menambah senarai jenis dan mutu makanan yang berlainan bagi anak kapal dalam angkasa, terutama sekali untuk Stesen Angkasa Antara Bangsa (ISS). Ia akan dilaksanakan dengan mengenal pasti jenis makanan baru (makanan tradisional tipikal) dari wilayah Lazio di Itali, dan akan disajikan dalam bekas-dulang sebagai hidangan di ISS.

Tujuan FTS ini ialah untuk menunjukkan bahawa makanan, yang dihasilkan daripada produk bermutu tinggi, adalah enak dan berkhasiat dan kualitinya tidak terjejas dalam keadaan penerbangan angkasa. Dengan menyediakan lebih jenis makanan yang berkualiti dapat memberi kesan positif kepada anak kapal dari pandangan psikologi untuk beberapa sebab;

  • Semasa di ISS, keadaan kehidupan akan menjadi lebih menyeronokkan.
  • Produk-produk tradisi dari wilayah atau kawasan dari tempat asal angkasawan akan memainkan peranan sebagai tanda ingat untuk mereka.
  • Produk tradisi dapat menimbulkan perasaan dan emosi yang positif dari segi peribadi angkasawan.

Bagaimana ia dilakukan?
Eksperimen Dulang Makanan di Angkasa (FTS) melibatkan bekas dulang (anggaran 33 cm x 32 cm x 8 cm), mengandungi 8 beg produk makanan yang biasa dari wilayah Lazio di Itali, dan setiap dulang dibungkus secara vakum di dalam beg plastik yang diiktiraf. Eksperimen ini dilakukan sekali sahaja dan mengambil masa 30 minit dan melibatkan 2 orang Angkasawan. 

Seorang daripada angkasawan tersebut akan mengambil dulang itu, buka dan keluarkan beg satu persatu. Dia akan memakan kandungan makanan dalam setiap beg, dan kemudian mengisi suatu soal selidik, yang mengandungi set soalan yang mesti dijawab oleh angkasawan selepas memakan setiap produk. 

Angkasawan yang kedua pula akan mencatat eksperimen ini melalui fotografi pegun. Keputusan dari kad-ujian akan di simpan dalam kapsul Soyuz semasa dalam perjalanan pulang, dan akan melalui proses menganalisis sejurus selepas kepulangan bekas-dulang ke Bumi.

 

Media


Eksperimen FTS (Food Tray in Space)

Kembali ke atas