W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Ahad, 19 November 2017 
Home

Perubatan Angkasa

Perubatan angkasa, merupakan penkajian kesan-kesan perubatan dan biologi semasa dalam angkasa ke atas organisma-organisma. Matlamat utama ialah untuk mengetahui berapa sebaik mana dan berapa lama manusia dapat bertahan dalam keadaan angkasa yang ekstreme dan juga sejauh mana mereka dapat menyesuaikan balik diri dalam persekitaran bumi selepas pelayaran angkasa.  

Aspek-aspek perubatan yang nyata sekali semasa penerokaan angkasa meliputi kenirberatan, kuasa-kuasa inertia yang kuat semasa pelancaran dan kemasukan, pendedahan radiasi, ketiadaan perederan siang-dan-malam bumi, dan kehidupan dalam persekitaran ekologi yang tertutup. 
 
Faktor-faktor yang kurang kritikal adalah seperti bunyi bising, getaran, dan haba panas yang di keluarkan dari ruang dalam kapal angkasa. Dalam penerbangan angkasa yang panjang, kesan-kesan psikologikal daripada pemencilan dan hidup dalam keadaan sekitaran tertutup telah menimbulkan kebimbangan, terutama sekali di antara krew-krew berbagai bangsa yang mempunyai bahasa dan adat mereka tersendiri.
 
Sebahagian besar daripada data-data perubatan atas kesan-kesan dalam penerbangan angkasa yang berpanjangan yang berguna diperoleh dari program Skylab dari awal tahun 1970 dan dari beberapa misi-misi perubatan shuttle angkasa Challenger dan Columbia.  Program Soyuz Soviet Union memulakan pengalaman Russia dalam penerokaan berpanjangan di angkasa; rekod terbaru selama hampir 439 hari telah di capai oleh cosmonaut Russia Valery Polyakov (Jan. 8 1994 - Mac, 22 1995) atas stesen angkasa MIR.  Dengan penukaran iklim politik antarabangsa dalam tahun 1990an, Amerika Syarikat dan Russia berbanding tangan dalam penyelidikan sains kehidupan yang mengabungkan peralatan diagnostik dan pengawasan yang canggih untuk misi NASA dengan pengalaman tinggal-perpanjangan (long-term-stay) Russia. 
 
Dalam bulan Mei, 1995, modul Spektr yang mengandungi peralatan perubatan dan penyelidikan Amerika, telah ditambahkan kedalam MIR. Beberapa bulan kemudian, astronaut-pakar perubatan Amerika, Norman E. Thagard memecah rekod lama Amerika selama 84 hari turut menurut dalam angkasa apabila beliau tinggal selama 111 hari dalam stesen angkasa Russia.
 
Terdapat banyak faedah secara tidak langsung terhadap perubatan dari sains angkasa. Keperluan untuk mengawas rapat keadaan fisiologi angkasawan-angkasawan telah menggalakkan pembangunan kaedah cara terbaik untuk mengawasi fungsi-fungsi tubuh badan secara elektronik.  
 
Pembinaan pacemaker jantung yang boleh diprogramkan, sistem pentadbiran ubat yang boleh di implan kedalam tubuh, imej gema daya magnet (magnetic resonance imaging-MRI), tomografi paksi berkomputer (CAT) semuanya tertakluk sedikit sebanyak dari ilmu yang diperoleh dari program angkasa. Pengajian bagaimana angkasawan-angkasawan dapat berjalan atas muka bumi bulan yang mempunyai tarikan graviti yang lemah telah menimbulkan fahaman yang mendalam mengenai gerak alih manusia.
 
Pertukaran psikoligi dalam proses penyesuaian dalam angkasa kebanyakan melibatkan:
 
- Kesan sistem cardiovascular
- Kesan atas tulang
- Kesan atas otot
- Mabuk angkasa
- Kesan atas sistem immunologi dan hematologi
- Kesan radiasi angkasa
- Kesan aspek psikologi dalam persekitaran terpencil
 
 
Sumber
 
 
 
Pautan
 
 
Kembali ke atas