W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Sabtu, 23 Jun 2018 
Home

Program ANGKASA

STESEN ANGKASA CHINA TIANGONG-1 TELAH JATUH KE BUMI

KUALA LUMPUR – 2 April  – Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Negara  (ANGKASA)  ingin memaklumkan bahawa melalui hebahan rasmi yang telah dikeluarkan oleh pihak China Manned Space Agency (CMSA), stesen angkasa Tiangong-1 telah jatuh ke bumi pada 2 April 2018 00:15 UTC (waktu malaysia = 08:15 MST) di Selatan Lautan Pasifik.

RAMALAN TERKINI ‘RE-ENTRY’ STESEN ANGKASA CHINA TIANGONG-1

KUALA LUMPUR – 29 Mac  – Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Negara  (ANGKASA)  ingin memaklumkan bahawa ramalan terkini bahawa ‘re-entry’ stesen angkasa Tiangong-1 milik negara China akan berlaku pada 30 Mac 2018, 00:00:00 UTC sehingga 2 April 2018 00:00:00 UTC (Waktu Tempatan: 29 Mac 2018, 16:00:00 sehingga 1 April 2018, 16:00:00)

GERHANA BULAN PENUH - 31 JANUARI 2018

Pada 31 Januari 2018, Gerhana Bulan Penuh akan berlaku di Timur Eropah, Timur Afrika, Asia (termasuk Malaysia), Australia dan Amerika Utara. Fenomena Gerhana Bulan yang berlaku akan mengambil masa selama 5 jam 17 minit bermula pada jam 6:51 petang hingga 12:08 tengah malam (1 Februari 2018). Ini bermakna gerhana sedang berlaku ketika Bulan terbit di ufuk Timur (kecuali Sabah dan Sarawak - gerhana bermula selepas Bulan terbit). Fasa gerhana penuh maksima adalah pada jam 09:29 malam dan keseluruhan gerhana ini akan berakhir pada jam 12:08 tengah malam iaitu pada 1 Februari 2018.

KEMUNGKINAN STESEN ANGKASA CHINA TIANGONG-1 JATUH DI MALAYSIA ADALAH RENDAH

KUALA LUMPUR – 16 November 2017 – Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Negara  (ANGKASA)  ingin memaklumkan bahawa kemungkinan Stesen Angkasa China Tiangong-1 jatuh di Malaysia adalah sangat rendah. Menurut Dr. Noordin Ahmad, Ketua Pengarah, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA),berdasarkan kiraan, luas kawasan yang dirangkumi 43 darjah utara hingga ke 43 darjah selatan ini, melibatkan  banyak negara lain di dunia termasuk Malaysia, dan mempunyai keluasan anggaran kira-kira 347 860 000 km persegi. Selain dari Malaysia khususnya Kuala Lumpur kawasan ini turut meliputi Singapura (1.35 darjah utara), Sydney, Australia (33.86 darjah selatan), Florida, Amerika (27.66 darjah utara) dan Beijing, China (39.90 darjah utara). 

MAJLIS PENYERAHAN PERANTI KESELAMATAN BAGI KAUM IBU DAN BAYI YANG BAHARU DILAHIRKAN DI HOSPITAL KERAJAAN (B-TAG & TRACK)

BANTING, 26 September – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sentiasa berusaha untuk mengarus perdanakan STI serta menyemarak dan membudayakan STI. Salah satu daripada usaha ini ialah pelaksanaan Program Inovasi Sosial MOSTI (MSI).

Pages

Kembali ke atas