W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Selasa, 26 September 2017 
Home

Pengumuman

PELAJAR ORANG ASLI TERUJA TEROKAI TEKNOLOGI MRT BERSAMA YB MENTERI MOSTI DAN KETUA PENGARAH ANGKASA

KUALA LUMPUR, 14 September 2017– Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ANGKASA komited untuk mengarusperdanakan STI dalam kalangan rakyat Malaysia. Dalam usaha tersebut, masyarakat Orang Asli tidak dipinggirkan apabila diberi peluang untuk bersama-sama dengan YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta  Ybrs. Dr.Noordin bin Ahmad,Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) melakukan lawatan kerja MRT Corporation. 

Tarikh: 
14/09/2017

LAWATAN KOMLEK KE ANGKASA

BANTING, 14 September –   Seramai 19 orang pegawai daripada Bahagian Komunikasi dan Elektronik Pertahanan (KOMLEK), Markas Angkatan Tentera Malaysia telah mengadakan lawatan  ke Agensi Angkasa Negara (ANGKASA). Tujuan lawatan adalah untuk mendapat pendedahan dan pengetahuan berkenaan peranan,fungsi perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan dan juga ruang-ruang kerjasama yang bersesuain dengan ANGKASA.   

Tarikh: 
14/09/2017

PERHATIAN!

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA AGENSI ANGKASA NEGARA (ANGKASA) ADALAH TIDAK BERKAITAN SAMA SEKALI DENGAN SURUHANJAYA SAINS ANGKASA NASIONAL DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG HEBAHAN ATAU EDARAN SURAT DARIPADA PIHAK BERKENAAN.

Malay

MAJLIS MENANDATANGANI MoU ANTARA ANGKASA DAN UIAM

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berkenaan kerjasama dan khidmat nasihat kepakaran teknikal  serta aktiviti R&D berkaitan angkasa dengan menggunakan  fasiliti-fasiliti yang telah dibangunkan di Pusat Angkasa Negara (PAN).

Tarikh: 
17/08/2017

ANGKASA TALK : “ IONOSPHERE DISTURBANCE BEFORE LARGE EARTHQUAKE AND PROBLEMS OF IONOSPHERE MEASUREMENT BY TINY SATELLITE”

BANTING,14 Ogos –  Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) telah mengadakan program syarahan umum iaitu  ANGKASA TALK :“ Ionosphere Disturbance Before Large Earthquake and Problems of Ionosphere Measurement by Tiny Satellite”  disampaikan oleh Prof. Dr. Koichiro Oyama dari International Center for Space Weather Sciences and Education (ICSWSE) Kyushu University, Japan.

Tarikh: 
14/08/2017

FENOMENA PANCURAN METEOR PERSEIDS

BANTING, 12 Ogos –   Pancuran Meteor Perseids berlaku pada setiap tahun pada 17 Julai  hingga 24 Ogos.  Pada tahun 2017, kemuncak fenomena pancuran meteor Perseids pada 13 Ogos 2017 sekitar jam 12:30 pagi. Ketika kemuncak pancuran meteor Perseids ini, rakyat Malaysia dapat melihat secara purata bilangan meteor yang muncul dianggar sekitar 60 hingga 100 meteor sejam dan boleh mencecah sehingga 150 meteor sejam bagi kawasan yang bebas dari pencemaran cahaya.

Tarikh: 
11/08/2017

FENOMENA GERHANA BULAN SEPARA

LANGKAWI, 07 Ogos –   Orang ramai adalah dijemput untuk menyaksikan Fenomena Gerhana Bulan Separa yang dijangka akan berlaku  bermula jam 1:22 pagi  (waktu Malaysia) dan fasanya berakhir pada jam 3.18 pagi.

Tarikh: 
07/08/2017

MAJLIS MENANDATANGANI NOTA KERJASAMA ANTARA ANGKASA DAN UNITEN

BANTING, 7 Ogos – Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam majlis yang telah berlangsung di Pusat Angkasa Negara, Banting, Selangor.

Tarikh: 
04/08/2017

PERHIMPUNAN BULAN JUN 2017

BANTING, 20 JUN – Seramai kira-kira 80 orang pegawai dan kakitangan Agensi Angkasa Negara(ANGKASA)  menghadiri Perhimpunan Bulanan ANGKASA untuk bulan Jun 2017.

Tarikh: 
20/06/2017

MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA ANGKASA 2017

BANTING, 19 JUN– Seramai kira-kira 70 orang pegawai dan kakitangan Agensi Angkasa Negara(ANGKASA)  menyertai  Majlis Tadarus Al-Quran dan Majlis Khatam Al-Quran Perdana Angkasa 2017 yang dianjurkan oleh pihak KESKA dan PUSPANITA ANGKASA.

Tarikh: 
19/06/2017

Pages

Kembali ke atas