W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Selasa, 26 September 2017 
Home

Pendidikan

Operasi Planetarium Negara

Planetarium Negara dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur bagi manfaat pengunjung yang datang mendapat dan menambahkan ilmu pengetahuan sains angkasa mereka, iaitu kemudahan teater angkasa dengan tayangan, galeri  untuk pameran dan balai cerap untuk pencerapan objek samawi. Di samping itu, ia turut mempunyai ruang untuk rekreasi dan juga riadah yang sentiasa dibuka kepada awam.

Tags: 

Kursus dan Bengkel Pendidikan

Bengkel Astronomi untuk Guru Sekolah Rendah

Bengkel yang diadakan dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia ini melibatkan 30 orang guru-guru yang terpilih dari seluruh Malaysia. Antara topik yang diajar adalah berkenaan Sistem Suria, Matahari, Bumi dan Bulan, kejadian siang dan malam, kejadian gerhana serta buruj. 

Bengkel Astronomi untuk Guru Sekolah Menengah

Program Pencerapan dan Jangkauan

Program pencerapan (melihat objek samawi menggunakan teleskop) bertujuan untuk memberi pendedahan dan mewujudkan kecintaan terhadap bidang sains angkasa serta memupuk minat rakyat Malaysia dalam bidang sains angkasa dan astronomi.

Program Yuri's Night

Yuri’s Night pertama kali disambut di pada 12 April 2001 dengan konsep asalnya sebagai Parti Sedunia Untuk Angkasa. Ia tercetus dari persidangan PBB Space Generation Advisory Council di Graz pada September 2000. Pada saban tahun, Planetarium Negara telah menjemput orang awam untuk sama-sama memperingati sejarah penerokaan manusia ke angkasa.

Minggu Angkasa Sedunia Di Planetarium Negara

Minggu Angkasa Sedunia (MAS) merupakan sambutan tahunan sedunia dalam bidang sains amnya dan sains angkasa khususnya. Planetarium Negara telah mengambil inisiatif untuk sama-sama meraikan sambutan ini dengan mengadakan pelbagai aktiviti menarik kepada para pengunjung.

Subscribe to RSS - Pendidikan
Kembali ke atas