W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Selasa, 26 September 2017 
Home

Mengenai Kami - ANGKASA

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) adalah sebuah agensi yang diberi mandat oleh kerajaan untuk membangunkan sektor angkasa negara. Melalui Dasar Angkasa Negara, agensi merancang untuk membangun keupayaan dan kapasiti negara bagi membolehkannya berupaya mendapatkan manfaat dan pulangan daripada sektor angkasa ke arah mencapai Wawasan 2020 dan seterusnya. Dengan visi itu, ANGKASA akan melaksanakan program berkaitan untuk membangunkan potensi negara dalam sektor angkasa bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial, serta memperkukuhkan keselamatan negara.

 

Program-program penting ANGKASA termasuk pembinaan infrastruktur yang berkaitan dengan pengoperasian sistem angkasa, seperti stesen bumi bagi menjalankan penjejakan, kawalan dan telemetri satelit, makmal kalibrasi optik, makmal pengujian dan pengukuran serta kemudahan-kemudahan asas lain yang berkaitan; memanfaatkan penggunaan teknologi dan sistem yang berkaitan dengan angkasa; membangunkan industri tempatan untuk menyokong pembangunan yang mampan, berpatutan dan terjamin; dan menyediakan kerangka perundangan yang bersesuaian. Disamping itu, program-program asas dalam promosi dan pendidikan awam mengenai kepentingan penerokaan angkasa juga sentiasa diberi penekanan yang penting.

Kembali ke atas