W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Jumaat, 14 Disember 2018 
Home

PENYELIDIKAN DI KIBO, STESEN ANGKASA ANTARABANGSA – PERMULAAN KERJASAMA MELANGKAUI KEBIASAAN

Tarikh: 
Monday, 19 November, 2018

Malaysia melangkah setapak lagi dalam penyelidikan di angkasa lepas. Di bawah kerangka kerjasama Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA), Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menjalankan pengujian dosimeter berasaskan fiber optik “Smart Oprtical Fiber for Passive Dosimetry in Space (SOFPADS)” menerusi platform Kibo, modul penyelidikan milik Jepun di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

http://iss.jaxa.jp/en/kuoa/news/images/1811_2m.jpg

Sampel SOFPADS (Kredit: JAXA)

 

SOFPADS yang telah dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik UPM dirancang akan dilancarkan ke ISS pada awal tahun 2019 untuk eksperimen dedahan terus kepada pelbagai keadaan persekitaran angkasa menggunakan fasiliti “Exposure Experiment Handrail Attachement Mechanism (ExHAM)” di Kibo. Di samping itu, SOFPADS juga akan digandingkan dengan dosimeter pasif milik JAXA, “Passive Dosimeter for Life-Science Experiments in Space (PADLES)” untuk menjalani eksperimen dedahan di dalam Kibo, ISS. Kedua-dua eksperimen ini akan mengambil masa pendedahan setahun, sebelum ia dibawa pulang ke Bumi untuk penyelidik Malaysia menganalisa kefungsian SOFPADS di ruang angkasa.

Pada 2 November 2018, sampel SOFPADS telah diserahkan oleh wakil penyelidik Malaysia, Dr. Noramaliza Mohd Noor di Pusat Angkasa Tsukuba, JAXA, Jepun untuk diperiksa kesesuaian tetapannya yang sebenar terhadap ExHAM sebelum melepasi kesemua pengujian ketat yang telah ditetapkan oleh JAXA. Salah satu pengujian tersebut telah dijalankan di Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit (AIT) di Pusat Angkasa Negara. Sampel SOFPADS seterusnya akan dihantar ke Amerika Syarikat untuk penghantaran ke ISS yang dijadualkan pada Februari 2019.

 

 

Pengujian SOFPADS di AIT, Pusat Angkasa Negara 
(Kredit: ANGKASA)

 

Kembali ke atas