W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Jumaat, 14 Disember 2018 
Home

PERHIMPUNAN BULANAN OGOS 2018

Tarikh: 
Friday, 17 August, 2018

BANTING, 16 Ogos – Majlis Perhimpunan Bulan Ogos ANGKASA dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, bacaan Ikrar oleh En Mohamad Kamarol bin Ismail dan seterusnya bacaan doa oleh En Mohd Farid bin Omar. Amanat yang disampaikan oleh YBrs. En. Samsuddin bin Omar,Timbalan Ketua Pengarah ANGKASA,  adalah berkenaan nama  baru Kementerian iaitu Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim atau MESTECC (Ministry of Energy, Science, Technology, Environment & Climate Change). Kini MESTECC mempunyai 36  buah Jabatan dan Agensi di bawahnya hasil gabungan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Alam Sekitar (NRE) dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). Beliau turut menyampaikan 3 (tiga) amanat YB Menteri MESTECC iaitu yang pertama berkenaan penerapan pentingnya nilai integriti, sentiasa berusaha membuat yang terbaik dalam perkhidmatan dan ketiga, fokuskan pada manfaat masa akan datang. Warga ANGKASA diingatkan untuk menghayati semula objektif dan peranan ANGKASA supaya dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Selamat datang kepada 2 (dua) pelajar yang sedang menjalani Latihan Industri, iaitu saudara Ahmad Aizuddin bin Abdul Hamid pelajar daripada Universiti Inha, Incheon, Korea Selatan dan saudara Amirul Hafizie Bin Zamzuri daripada Universiti Putra Malaysia. Seterusnya majlis turut  dimeriahkan dengan acara Pop Kuiz anjuran PUSPANITA ANGKASA sempena bulan Kemerdekaan yang dijalankan secara atas talian iaitu “Play Kahoot.it”. Tahniah di ucapkan kepada Puan Hafizah bin Mustapha, juara Kuiz Kemerdekaan ANGKASA pada tahun ini. 

Kembali ke atas