W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Sabtu, 23 Jun 2018 
Home

PERHIMPUNAN BULANAN APRIL 2018

Tarikh: 
Tuesday, 24 April, 2018

BANTING, 23 April – Perhimpunan Bulanan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) telah berlangsung dan disempurnakan oleh YBrs. Dr Noordin bin Ahmad, Ketua Pengarah ANGKASA. Majlis dimulakan dengan bacaan Ikrar oleh En Mohamad Hamka bin Muslim serta bacaan doa oleh En Muhamad Nazli bin Ismail. Menariknya pada kali ini,  pengisian untuk slot sesi perkongsian ilmu  adalah berkenaan topik “Keterampilan Diri  dan  Komunikasi  yang Berkesan” oleh En. Jaafar bin Jantan, Ketua Komunikasi Korporat, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). Majlis  seterusnya disusuli dengan Amanat dari Ketua Pengarah, Dr Noordin Bin Ahmad. Beliau telah mengulas dan menerangkan mengenai dasar dan halatuju Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) pada masa akan datang. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Sijil Penghargaan kepada semua Ahli Jawatankuasa Pelaksana Minggu Sains Negara 2018 Peringkat Negeri Melaka yang telah berlangsung pada 4 hingga 5 April 2018 yang lalu di Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM). Majlis diakhiri dengan pemberian sumbangan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan ANGKASA (KESKA)  kepada Puan Hafizah binti Mustapha   di atas kehilangan ayah mertuanya pada 6 April yang lalu. 

Kembali ke atas