W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Ahad, 18 Februari 2018 
Home

PERHIMPUNAN BULANAN ANGKASA- JANUARI 2018

Tarikh: 
Monday, 15 January, 2018

BANTING, 15 Januari – Seramai 50 orang pegawai dan kakitangan Agensi Angkasa Negara(ANGKASA)  menghadiri Perhimpunan Bulanan ANGKASA untuk bulan Januari 2018. Sesi perhimpunan dimulakan dengan Sesi Taklimat berkenaan 1GFMAS dan juga E-Perolehan Baharu oleh En. Abdul Rahman bin Hashim, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan. Seterusnya diiikuti dengan sesi perkongsian pengalaman En. Ng. Su Wai @Wayne bersama-sama rakan beliau iaitu En. Fairul Azmin bin Zaraini dan En. Mohd. Farid bin Omar berkursus di Jepun mulai Oktober hingga Disember 2017 lalu. Majlis diteruskan lagi  dengan Amanat  oleh  YBrs Dr. Noordin bin Ahmad, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan diikuti dengan sesi Pengumuman bagi pegawai dan kakitangan yang baharu bertugas di ANGKASA iaitu, Pn. Nur Nadzirah binti Zainuddin , Pembantu Tadbir, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Cik Afifah binti Taat daripada UiTM,  serta Encik Mohd. Zulfazli Raub Khan daripada Politeknik Banting,  iaitu pensyarah-pensyarah yang sedang mengikuti Latihan Industri di ANGKASA.    

Kembali ke atas