Bulan di kedudukan apogee jam 10:09 pagi pada jarak 406,464 km. Ini merupakan Bulan yang berada paling jauh dari Bumi bagi tahun 2018. Apabila Bulan Penuh atau Bulan baru berlaku sekitar tarikh berlakunya apogee, ia dinamakan ‘Micromoon’, ‘Minimoon’ atau Bulan Apogee. Fasa Bulan Baru akan berlaku pada 17 Januari 2018 jam 10.21 pagi dan ia dikenali sebagai ‘Micromoon’.