W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Isnin, 22 Januari 2018 
Home

KEMUNGKINAN STESEN ANGKASA CHINA TIANGONG-1 JATUH DI MALAYSIA ADALAH RENDAH

KUALA LUMPUR – 16 November 2017 – Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Negara  (ANGKASA)  ingin memaklumkan bahawa kemungkinan Stesen Angkasa China Tiangong-1 jatuh di Malaysia adalah sangat rendah. Menurut Dr. Noordin Ahmad, Ketua Pengarah, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA),berdasarkan kiraan, luas kawasan yang dirangkumi 43 darjah utara hingga ke 43 darjah selatan ini, melibatkan  banyak negara lain di dunia termasuk Malaysia, dan mempunyai keluasan anggaran kira-kira 347 860 000 km persegi. Selain dari Malaysia khususnya Kuala Lumpur kawasan ini turut meliputi Singapura (1.35 darjah utara), Sydney, Australia (33.86 darjah selatan), Florida, Amerika (27.66 darjah utara) dan Beijing, China (39.90 darjah utara). 

                                                     Rajah di atas menunjukkan orbit Tiangong-1.

Tambah beliau lagi ,mengambil kira Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berkeluasan 243.65 kilometer persegi, kebarangkalian untuk Kuala Lumpur menjadi tempat jatuhnya serpihan ini adalah kecil iaitu kira-kira 0.0000699% sahaja. Kebarangkalian untuk Malaysia pula hanyalah 0.09 % setelah mengambil kira keluasan keseluruhan seluas 329 960.22 kilometer persegi. Data keluasan ini diperolehi daripada sumber data.gov.my dan Jabatan Penerangan Malaysia”.
Berdasarkan nota pihak China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kebanyakkan komponen dan struktur daripada Tiangong-1 akan musnah terbakar semasa pergeseran dengan atmosfera dan kebarangkalian untuk serpihan ini mendatangkan kerosakan terhadap aktiviti di bumi termasuk penerbangan adalah sangat rendah. Nota bertarikh 4 Mei 2017 ini dengan nombor rujukan AC.105/1150 boleh dirujuk lanjut pada laman sesawang United Nation of Outer Space Affair (UNOOSA). Melalui nota ini juga, China memaklumkan bahawa aktiviti pemantauan dan ramalan akan ditingkatkan dan ramalan masa re-entry akan disiarkan. Maklumat lanjut jua akan diperolehi daripada Inter-Agency Space Debris Coordination Committee dan status orbit dan sebarang maklumat berkaitan akan disiarkan pada laman sesawang http://www.cmse.gov.cn/. Ramalan akhir berkenaan masa dan tempat jatuhnya Tiangong-1 akan dimaklumkan oleh pihak China untuk perhaitan UNOOSA dan Setiausaha Agung PBB.
Penyusutan stesen Angkasa Tiangong-1 ini sedang diperhatikan dan dipantau secara teliti oleh pelbagai agensi angkasa seperti ESA, NASA, JAXA dan CNSA. ANGKASA yang mempunyai hubungan rapat dengan agensi–agensi ini juga sentiasa memantau perkembangan ini dari masa ke masa. Bagi tempoh jangkaan jatuh ini, ANGKASA akan membuat pemantauan harian altitud Tiangong-1 dan akan membuat pemakluman lanjut kepada awam apabila diperlukan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi:

Wan Hakimah binti Abd. Rahim
Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
42700 Banting, Selangor
Tel: 03-31824042 /019-2881877 Faks: 03-31811324

 

Kembali ke atas