W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Isnin, 20 Ogos 2018 
Home

Pengenalan

Bahagian Pembangunan dan Pengoperasian Sistem Angkasa (BPOA)

Objektif dan Fungsi

Bahagian Pembangunan dan Pengoperasian Sistem Angkasa diwujudkan selaras dengan misi ANGKASA dengan dua fungsi yang utama iaitu:

  1. untuk menyediakan infrastruktur berkaitan sistem angkasa untuk memacu negara ke arah menjadi pusat pengoperasian, pengujian, penyelidikan dan pembangunan yang terkemuka di rantau Asia;
  2. Merangsang dan menyemai pembangunan sains, teknologi dan penyelidikan berkaitan sistem angkasa menerusi idea dan penemuan yang inovatif, kreatif dan bertaraf antarabangsa.

Fungsi-fungsi bahagian BPOA adalah seperti berikut:

  • Menjalankan pengoperasian stesen bumi dan sistem komunikasi satelit;
  • Menjalankan penentukuran dan pencirian sistem optikal untuk aplikasi angkasa dan aplikasi yang berkaitan;
  • Menjalankan pengoperasian peralatan pengujian dan pengukuran parameter mekanikal, elektrikal dan persekitaran untuk aplikasi aeroangkasa, automotif dan sebagainya;
  • Menjalankan penyelidikan berkaitan teknologi angkasa yang merangkumi pembangunan aplikasi dan peralatan.

Perkhidmatan

Perkhidmatan yang ditawarkan seperti berikut:

  1. Pengujian dan Pengukuran bagi Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit (AIT)
  2. Penjejakan, Kawalan dan Telemetri (TT & C) objek angkasa.
  3. Penentukuran dan Pencirian Radiometrik

 

Muat turun borang Customer Requirement Form

PERINTAH FI (AGENSI ANGKASA NEGARA) 2017 mula berkuat kuasa pada 1 MAC 2017. Muat Turun Perintah Fi.

 

 

Tags: 
Kembali ke atas