W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Isnin, 11 Disember 2017 
Home

Astronomi

ASTRONOMI

1. Stesen Solar Radio

a) CALLISTO (Compound Astronomical Low Cost Low Frequency for Spectroscopy Observatory)

  • Malaysia juga mempunyai peralatan CALLISTO iaitu sebuah instrumentasi penerima yang dapat mengesan isyarat matahari khususnya letusan suria (solar burst) yang beroperasi antara 45 dan 870 MHz. Peralatan ini dipasang pada 20 hingga 22 Februari 2012, di mana ianya merupakan salah satu rangkaian spektrometer radio di seluruh dunia yang direka untuk mencerap Matahari selama 24 jam sepanjang tahun.
  • ANGKASA menawarkan penggunaan data CALLISTO di Pusat Angkasa Negara kepada penyelidik untuk tujuan penyelidikan.
  • Aplikasi utama adalah untuk pencerapan letusan suria dan pemantauan gangguan frekuensi radio untuk sains astronomi, pendidikan dan jangkauan.

Antena CALLISTO

b) Radio Telescope 20MHz, 408MHz and 1420MHz

  • Teleskop radio yang beroperasi dalam 20MHz, 408MHz dan 1420MHz.
  • Aplikasi utama adalah untuk pencerapan hamburan suar matahari.

Teleskop Radio 20 MHz

Teleskop Radio 408MHz

Teleskop Radio 1420 MHz

2. Fasiliti Pencerapan Astronomi Optikal (Observatori Negara Langkawi – ONL)

Pengenalan

Observatori Negara Langkawi (ONL) telah siap di bina pada tahun 2007. Tujuan pembinaannya adalah dalam usaha memupuk keupayaan R&D negara dalam bidang sains angkasa di samping meningkatkan minat golongan muda untuk merintis ilmu sains dan teknologi baru dalam jangka masa panjang di samping membangkitkan semangat perpaduan dam sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang astronomi.

Fungsi ONL

Fungsi utama Observatori Negara Langkawi (ONL) adalah menyediakan fasiliti pencerapan bertaraf antarabangsa bagi penyelidikan dalam bidang astronomi optikal di Malaysia. Penyelidik dan pelajar yang menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang astronomi dan sains angkasa adalah dijemput untuk menggunakan kemudahan ini.

Perkhidmatan ONL

ONL menawarkan penyelidikan dan pembangunan sains astronomi seperti berikut:

  • Astrometri, fotometri dan spektroskopi stellar dan fizik suria (solar).
  • Data dan imej cerapan stellar, solar dan cuaca angkasa.
  • Latihan pengendalian instrumen dan praktikal cerapan.
  • Pengujian instrumentasi.
  • Penempatan instrumentasi saintifik berkaitan.
  • Program kerjasama penyelidikan berkaitan.
  • Pencerapan atas talian (secara kawalan jauh).

ONL turut menawarkan perkhidmatan bagi program pendidikan dan kesedaran awam secara terpilih.

INSTRUMENTASI ONL

INSTRUMENTASI

INSTRUMENT

OBJEK SAMAWI

STELLAR

MATAHARI

SOLAR

PENJEJAKKAN OBJEK JAUH

NEAR EARTH OBJECT

TELESKOP

TELESCOPE

RCOS 20”

  • TMB152 dan Penuras Cahaya Nampak (Whitelight)
  • Lunt LS60T-Ha
  • Lunt LS152T-Ha
  • Skywatcher Pro 80ED dan penuras CaK
  • Takahashi FSQ-106 untuk pencerapan secara visual
  • RiFast 500
  • Skywatcher BKED 120

KUBAH

DOME

5m ObservaDOME

Automa Dome 10ft DDW

Astrohaven 12ft Clamshell

LEKAPAN

MOUNT

Paramount ME

Paramount ME

Paramount ME2

KAMERA

CAMERA

  • SBIG STL1001E
  • SBIG 11000
  • ST7XME
  • Skynyx Video Camera
  • SBIG
  • STL4020
  • Skynyx Video Camera

FLI ML4240 MB

SPEKTOGRAF

SPECTOGRAPH

SBIG SGS

-

SBIG SGS

PENURAS

FILTERS

  • UBVRI
  • LRGB
  • Continuum (White Light)
  • Hydrogen Alpha
  • Calcium K-Line
  • UBVRI
  • LRGB

 

Balai Cerap Stellar


Balai Cerap Solar


Balai Cerap Penjejakkan Objek Jauh
 

Kembali ke atas