W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Sabtu, 21 Oktober 2017 
Home

FENOMENA PANCURAN METEOR PERSEIDS

Tarikh: 
Friday, 11 August, 2017
 
 
BANTING, 12 Ogos –   Pancuran Meteor Perseids berlaku pada setiap tahun pada 17 Julai  hingga 24 Ogos.  Pada tahun 2017, kemuncak fenomena pancuran meteor Perseids pada 13 Ogos 2017 sekitar jam 12:30 pagi. Ketika kemuncak pancuran meteor Perseids ini, rakyat Malaysia dapat melihat secara purata bilangan meteor yang muncul dianggar sekitar 60 hingga 100 meteor sejam dan boleh mencecah sehingga 150 meteor sejam bagi kawasan yang bebas dari pencemaran cahaya.
                                      Bagaimanapun, cabaran pada tahun 2017 adalah   cahaya bulan  yang terang kerana bulan baru sahaja melepasi fasa purnama (waning gibbous)  ketika kemuncak kemunculan meteor pada 13 Ogos 2017. Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) tidak mengadakan sebarang program pencerapan untuk orang awam sempena berlakunya fenomena Pancuran Meteor Perseids.
 
 
 
Kembali ke atas