W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Selasa, 26 September 2017 
Home

FENOMENA GERHANA BULAN SEPARA PADA 8 OGOS 2017

Rakyat Malaysia akan berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Separa pada 8 Ogos 2017.

Fenomena Gerhana Bulan Separa yang dijangka akan berlaku tidak lama lagi bermula jam 1:22 pagi pada 8 Ogos 2017 (waktu Malaysia) dan fasanya berakhir pada jam 3.18 pagi.  Fasa gerhana separa maksima adalah pada jam 2.20 pagi waktu tempatan. Walaubagaimanapun, gerhana ini akan bermula dengan fasa gerhana bulan penumbra dahulu pada jam 11:50 malam pada 7 Ogos 2017 dan berakhir pada jam 4:50 pagi pada keesokan harinya.

Selain itu, tiada peralatan yang spesifik diperlukan untuk menikmati fenomena ini. Paling utama adalah keadaan cuaca di tempat masing-masing semasa fenomena ini berlaku. Namun begitu, penggunaan teleskop dan instrumentasi optikal yang lain akan membantu untuk melihat dengan lebih jelas lagi.

Fenomena Gerhana Bulan Separa

Fenomena Gerhana Bulan Separa berlaku ketika Bumi bergerak di antara Matahari dan Bulan tetapi tiga jasad samawi ini tidak membentuk satu garisan lurus di angkasa lepas. Apabila kejadian ini berlaku, sebahagian kecil cakera Bulan dilitupi kegelapan oleh bahagian tengah bayang Bumi, yang dipanggil umbra. Baki bahagian Bulan dilitupi oleh bahagian tepi bayang Bumi yang dinamakan penumbra.

Observatori Negara Langkawi, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) akan mengadakan program pencerapan untuk orang awam sempena berlakunya fenomena Gerhana Bulan Separa  ini bertempat di Observatori Negara Langkawi, Empangan Bukit Malut  bermula dari jam 11:00 malam 7 Ogos 2017 hingga jam 05:00 pagi 8 Ogos 2017.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh melayari laman sesawang, Facebook dan Twitter: Agensi Angkasa Negara (ANGKASA). Anda juga dijemput untuk berkongsi imej fenomena ini di Facebook ANGKASA.


Gambar rajah fenomena Gerhana Bulan Separa secara umum.  Sumber: timeanddate.com

 


Gambar fenomena Gerhana Bulan Separa yang pernah dirakam di Observatori Negara Langkawi pada April 2013 yang lalu.

 

Link liputan media : https://www.karyahati.com/?s=gerhana%20bulan%20separa

 

Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
www.angkasa.gov.my / http://astronomi.angkasa.gov.my
Tel: 03-3182 4000/4042
Faks:  03-3181 1324
Facebook: Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
Twitter: ANGKASA Malaysia
Instagram : agensi.angkasa

 

 

 

Kembali ke atas