W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Selasa, 26 September 2017 
Home

SIARAN MEDIA : FENOMENA EKUINOKS PADA 20 MAC 2017

FENOMENA EKUINOKS PADA 20 MAC 2017

Fenomena ekuinoks merupakan aktiviti tahunan Matahari umumnya berlaku dua kali dalam setahun iaitu pada Mac dan September. Fenomena ekuinoks ini merupakan permulaan dan perubahan musim bagi hemisfera utara dan hemisfera selatan. Apabila ekuinoks, seluruh dunia akan mengalami waktu siang dan malam yang hampir sama panjang iaitu kira-kira 12 jam. Matahari dijangka berada tegak di atas kepala pada waktu tengah hari dan ia bergantung kepada waktu tempatan masing-masing. Fenomena ini dipanggil "ekuinoks" yang berasal dari Latin, yang bermaksud "malam yang sama."

Paksi Bumi adalah condong/senget 23.4°. Oleh itu, sepanjang Bumi mengorbit Matahari, Hemisfera Utara dan Selatan akan condong sedikit, Namun, semasa Ekuinoks ini berlaku, cahaya Matahari boleh dikatakan serenjang dengan garisan Khatulistiwa Bumi.

Rajah 1: Semasa ekuinoks berlaku, cahaya Matahari adalah serenjang dengan garisan khatulistiwa.

Ekuinoks pertama dijangka akan berlaku pada 20 Mac 2017 di mana Matahari akan berada tepat di atas garisan khatulistiwa pada jam 6.29 petang. Dengan sinaran matahari yang diterima penuh setiap hari, kita yang tinggal di sekitar Khatulistiwa mungkin tidak merasakan perbezaan panjang siang dan malam ini. Namun, ekuinoks Mac ini adalah permulaan bagi musim bunga di Hemisfera Utara dan musim luruh di Hemisfera Selatan. Ekuinoks kedua pula dijangka akan berlaku pada 23 September 2017 pada jam 4.02 pagi. Ekuinoks September adalah permulaan bagi musim luruh di Hemisfera Utara dan musim bunga di Hemisfera Selatan.

Rajah 2 : Fenomena ekuinoks dan solstis

 

Maklumat yang diviralkan menerusi aplikasi Watsapp dimana fenomena ekuinoks akan menyebabkan peningkatan suhu yang mendadak adalah tidak benar. Perubahan cuaca melampau bukanlah disebabkan oleh fenomena ekuinoks. Perubahan kitaran kedudukan matahari ini semasa ekuinoks menyebabkan adanya pertukaran musim yang kita rasakan di Bumi. Hemisfera Utara akan menerima banyak sinaran Matahari berbanding hemisfera Selatan selepas Ekuinoks Mac berlaku dan sebaliknya apabila berlaku Ekuinoks September.

 

Kembali ke atas