W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Ahad, 19 November 2017 
Home

GERHANA BULAN PENUMBRA PADA 11 FEBRUARI 2017

Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan sebahagian dari fasa Gerhana Bulan Penumbra pada 11 Februari 2017.

Gerhana Bulan Penumbra berlakunya apabila Bulan memasuki bayang-bayang Penumbra Bumi dan akan kelihatan sedikit gelap. Gerhana Bulan Penumbra akan bermula pada jam 6:34 pagi pada 11 Februari 2017 (waktu Malaysia) dan berakhir pada 10:53 pagi.  Walau bagaimanapun, gerhana hanya akan didapat disaksikan di Malaysia sehingga jam 7:25 pagi sahaja kerana Bulan akan terbenam ketika ini. Gerhana Bulan Penumbra mungkin akan kelihatan lebih jelas dengan bantuan peralatan seperti teleskop atau binokular dan faktor cuaca sangat mempengaruhi kenampakannya.

 

Kejadian Gerhana Bulan Penumbra

Gerhana Bulan Penumbra berlaku apabila Matahari, Bumi, dan Bulan berada dalam kedudukan, di mana Bulan membelakangi Bumi dan hanya menerima sebahagian dari bayang-bayang Bumi jatuh ke atas Bulan. Oleh kerana itu, sukar untuk membezakan antara Bulan Penuh normal dan Gerhana Bulan Penumbra . Oleh yang demikian, orang awam berkemungkinan agak sukar untuk melihat perubahan yang berlaku di permukaan Bulan ketika berlakunya gerhana penumbra ini. 

Rajah Kejadian Gerhana Bulan

Rajah Kejadian Gerhana Bulan. Gerhana Bulan Penumbra terjadi bila Bulan berada di kedudukan bayang penumbra 

Urutan gambar yang diambil pada 18 Oktober 2013 menunjukkan pelbagai fasa gerhana bulan penumbra

Urutan gambar yang diambil pada 18 Oktober 2013 menunjukkan pelbagai fasa gerhana bulan penumbra.  AstroTripper 2000

 

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) TIDAK mengadakan sebarang program pencerapan untuk orang awam sempena berlakunya fenomena Gerhana Bulan Penumbra pada 11 Februari 2017. 

Muat Turun : Salinan Siaran Media

Kembali ke atas